• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

5 Bintang K-Pop Wanita Kongsi Kisah Bergelut Dengan Depresi

by Naddy Joe
February 12, 2021
Share on Facebook

Kesihatan mental memainkan peranan yang besar dalam setiap kehidupan manusia. 5 bintang K-Pop wanita pernah menceritakan secara terbuka mengenai perjuangan mereka bergelut dengan depresi.

HyunA

Penyanyi ‘I’m Not Cool’ ini pernah berkongsi di laman Instagram peribadinya bahawa beliau bergelut dengan depresi dan panic disoder. Beliau menulis,

“Saya dirawat kerana depresi dan gangguan panik. Saya fikir akan baik-baik sahaja kerana saya dikelilingi oleh mereka yang selalu ada bersama saya, dan juga peminat saya. Setelah saya pergi ke hospital, saya menyedaro bahawa saya bukan begitu. Saya pergi untuk mendapatkan rawatan seminggu sekali sekarang.”- HyunA

Beliau sebelum ini telah menolak comeback yang sangat dinanti-nantikan disebabkan masalah kesihatan pada bulan Ogos 2020. HyunA kini kembali dengan lebih kuat dari dulu, dengan ‘I’m Not Cool’ dan ‘GOOD GIRL’ beberapa minggu yang lalu turut berterima kasih terhadap sokongan oleh peminatnya.

Taeyeon (Girls’Generation)

Penyanyi ‘What Do I Call You’ pernah membuat pendedahan melalui laman Instagram peribadinya mengenai depresi yang dilalui.

“Saya bergelut dengan depresi. Saya telah mengambil ubat dan cuba yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Sama ada gangguan bipolar atau depresi, jangan memandang saya secara berbeza. Setiap orang sakit dengan cara tertentu”- Taeyeon

Suzy

Sewaktu Suzy hadir sebagai tetamu dalam program SBS iaitu Healing Camp pada tahun 2013, Suzy berkongsi pengalaman peribadinya mengenai depresi.

“Saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa mengenai perkara itu. Saya berfikir adakah saya dapat bertahan melaluinya esok? Ini adalah pemikiran yang saya alami.”- Suzy

Beliau turut berkongsi mengenai emosi yang dialami sewaktu bersama rakan,

“Suatu masa, saya bercakap dengan rakan saya dan saya mula ketawa, tetapi entah dari mana saya mula menangis.”- Suzy

Walaupun aktres drama Start-Up ini mengalami pelbagai kesukaran, beliau berterima kasih kepada peminatnya bahawa beliau dapat meneruskan promosi lakonannya.

Choa

Pada tahun 2017, bekas ahli kumpulan AOA iaitu Choa membuat pendedahan bahawa beliau meninggalkan kumpulan tersebut kerana depresi dan insomnia.

“Di dalam pasukan, saya adalah unnie yang tertua, tetapi saya masih muda sewaktu promosi kami ada banyak masa yang saya hanya mahu menangis. Untuk mengatasi insomnia dan depresi, saya mulai mengambil ubat. Sejak 2 tahun yang lepas, promosi saya sudah mulai berkurang kerana saya sangat penat. Ianya bukan masalah kecil, jadi akhirnya semua aktiviti saya terhenti.”- Choa

Selepas beliau melakukan comeback, Choa berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa memberi galakan dan sokongan yang berterusan.

Solbi

Sewaktu Solbi menjadi tetamu dalam rancangan JTBC Talking Street, beliau berkongsi pengalamannya mengenai depresi. Beliau mendedahkan bahawa skandal pita seks palsu adalah pencetus di sebalik apa yang berlaku.

“Ada ketika seseorang menggunakan nama saya dalam sebuah video yang tersebar di seluruh media sosial. Ibu saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kejutan yang dialaminya. Bukan hanya itu, seseorang telah merompak rumah saya dan semasa waktu itu, saya tidak dapat menjalani kehidupan yang normal kerana depresi yang teruk.”- Solbi

Solbi mengalami kesukaran untuk meneruskan aktivitinya sebagai penghibur dan melakukan hobi melukis pada masa-masa itu. Beliau dapat atasi depresi melalui hobi barunya serta sokongan berterusan yang diterima oleh peminatnya.

https://lomp.at/u03h8
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Selepas Rahsia Lima Bulan, Shuib Akhirnya Bongkar Watie Hamil -“Sembunyi Dari Anak-Anak Dan Keluarga”

by Puteri Alia
November 19, 2025

Selepas berminggu-minggu membiarkan netizen membuat spekulasi, akhirnya teka-teki terlerai apabila pelawak dan usahawan, Shuib, mengesahkan bahawa isterinya, Watie Hanifiah, kini...

Read more
Berita

5 Fakta Tentang Ahmed Al Ahmed, Penjual Buah Digelar Hero Selamatkan Nyawa di Bondi Beach

Sydney semalam digemparkan dengan insiden tembakan di Bondi Beach semasa sambutan Hanukkah. Namun, tumpuan ramai kini tertumpu kepada seorang lelaki...

Read more
by Phic ARMAN
December 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Betty Rahmad Rai Hari Lahir ‘Bibik, Hadiahkan Telefon Pintar!

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen penuh bermakna bersama pembantu rumahnya. Dalam video yang dimuatnaik...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Foto - @khairulaming (IG)
Sosial Buzz

KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

Nampaknya selepas setahun berjaya menyimpan rahsia, usahawan dan pempengaruh Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih mesra disapa sebagai KA mengumumkan sebuah...

Read more
by Nurul A.
December 11, 2025
Berita

[VIDEO] Cetus Drama Tapi Akhirnya Muncul Juara! 5 Fakta Kemenangan Fatima Bosch di Miss Universe 2025

Miss Universe 2025 sekali lagi menjadi sorotan global apabila pentasnya di Nonthaburi, Thailand dipenuhi detik penuh glamor, emosi dan sedikit...

Read more
by Phic ARMAN
November 21, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  3. 3

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  4. 4

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore