• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

5 Drama Melayu Paling ‘Viral’ 2022, Drama Terakhir Buat Ramai Emosi

by Rory Kim
December 26, 2022
Share on Facebook

Pasti tak lengkap hari rakyat Malaysia, jika tidak layan drama-drama yang ditayangkan di kaca tv lebih-lebih lagi slot drama yang disediakan oleh TV3. Antara slot yang ada di TV3 adalah Slot Akasia, Slot Sakura, Slot Samarinda, Slot Lestary dan beberapa lagi. Berikut kamikongsikan kepada anda koleksi drama melayu paling viral pada tahun 2022 ini. Jom semak!

1) 7 Hari Mencintaiku 3

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah di slot Akasia TV3 dan drama ini sebanyak 35 episod arahan Jamal Khan, dibintangi Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wafariena Roslan, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Rumah tangga Khuzairi(Syukri Yahaya) dan Mia Adriana(Siti Saleha)  diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka.

2) Suamiku Lelaki Pendosa

Drama Suamiku Lelaki Pendosa merupakan adaptasi novel ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya Umie Nadzimah bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan utama Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah, arahan oleh Eyra Rahman, terbitan Global Station Sdn Bhd. Kisah Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.

3) Melur Untuk Firdaus

Drama Melur Untuk Firdaus diadaptasi daripada novel My ‘Rude’ Wife karya Cik Nor Cinta, diterbitkan oleh A-Ten Alliance, dibawah arahan Zamri Zakaria, mempertemukan gadingan pelakon utama Meerqeen dan Anna Jobling. Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat.

4) Risik Pada Hati

Drama adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul dibintangi oleh Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya. Mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.

5) Rindu Kasih

Rindu Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Izzue Islam, Ummi Nazeera, dan Amyza Aznan. Selepas ditinggalkan oleh Shida, kehidupan Khalid menjadi tidak keruan bersama anak mereka. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan merahsiakan tentang Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah. Zamani meminta Amir memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya di mana Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah untuk mengahwinkan Amir dengan Salina. Amir akur menikahi Salina kerana amanah ayahnya, walaupun tanpa restu si ibu.

Sekadar info, Drama Melur Untuk Firdaus mendapat sambutan hangat di Malaysia dan juga negara-negara jiran. Penangan drama tersebut telah membuat barisan pelakon utama Anna Jobling dan Merqeen di jemput ke program televisyen di Indonesia.

drama terbaiktv3
https://lomp.at/mkzpq
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
Filem

10 Filem Seram Turki Ini Boleh Buatkan Sampai Terbayang Hantu Di Belakang Anda

by Naddy Joe
July 2, 2020

Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore