• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

5 Fakta Rumah Baru Jungkook BTS Berharga Lebih 7 Juta USD

by Naddy Joe
January 10, 2021
Share on Facebook

Ahli termuda dalam kumpulan BTS iaitu Jungkook, dilaporkan membeli rumah baru di kawasan Itaewon, Korea Selatan. Berikut adalah 5 Fakta mengenai rumah baru Jungkook BTS yang terletak di Itaewon. Stay tune guys!

Lokasi Yang Strategik

Rumah baru yang dibeli oleh Jungkook adalah single-family type, atau rumah yang tidak bersambung dengan rumah yang lain. Rumah yang dibeli oleh Jungkook bernilai 7.63 bilion KRW atau lebih dari 7 Juta USD!

Menurut EToday, pelaburan selebriti di kawasan Itaewon kini semakin meningkat. Hal ini disebabkan kawasannya yang mewah dan mempunyai kelebihan geografi kerana lokasinya yang terletak di antara pusat bandar, Gwanghwamun dan Gangnam.

Saiz Rumah Baru Jungkook

Dengan harga yang berjuta, Jungkook BTS mendapat kediaman setinggi dua tingkat. Rumah ini dibina pada tahun 1976 dengan keluasan 70 pyeong atau 230.72 persegi. Jarak antara rumah baru Jungkook dan asrama juga tidak jauh dan hanya mengambil masa sekitar lima minit perjalanan dari rumahnya ke kawasann Nine One Hannam.Apa yang menariknya, saiz rumah Jungkook BTS masih lebih kecil daripada asrama BTS. Saiz terkecil di Nine One Hannam sendiri dikenali sebagai 75 pyeong.

Dikelilingi Selebriti Dan Pegawai Kedutaan

Harga yang hebat dan lokasi yang bagus,  rumah baru Jungkook BTS ini dikelilingi jiran-jiran yang hebat bermula dari rakan selebriti sehinggalah pegawai kedutaan. Pasangan selebriti seperti Rain dan Kim Tae Hee turut tinggal di kawasan kediaman itu.

Pelawak terkenal, Park Myung Soo dan pelakon Hwang Jung Eum turut membeli kediaman dia kawasan yang sama baru-baru ini. Bukan itu sahaja, rumah baru Jungkook BTS juga dikatakan berdekatan dengan Kedutaan India, Kedutaan Kuwait, dan Samsung Seung Ji.

Pernah membeli Apartment Bernilai 1.7 Juta USD

via Naver

Sebelum membeli rumah di Itaewon pada harga 7.63 Bilion KRW, Jungkook sebelum ini pernah membeli apartment di Seoul Forest Trimage pada harga 1.7 juta USD. Namun, Jungkook tidak tinggal di apartment yang baru dibelinya dan tinggal di asrama BTS yang disediakan oleh Big Hit Entertainment. Selepas dua tahun membelinya, apartment tersebut dijual pada Julai 2020 dan beliau tidak mendapat sebarang keuntungan disebabkan cukai dan bayaran lain.

Jumlah Kekayaan Jungkook BTS

Jungkook BTS telah meraih populariti dan kekayaan melalui karyanya dalam industri hiburan. Pada usia 23 tahun, Jungkook mempunyai pendapatan yang luar biasa. Dikatakan bahawa Jungkook menerima 8 juta USD sebagai pendapatan asas dan mendapat nominal tambahan yang sama dari saham Big Hit Entertainment setelah mereka melalukan IPO. Dianggarkan kekayaan Jungkook BTS mencapai lebih dari 18 juta USD!

Dengan kerja keras dan usahanya selama ini dalam industri hiburan, Jungkook memperoleh pendapatan yang luar biasa. Kini, beliau dapat membeli rumah di kawasan perumahan mewah di Itaewon dengan harga lebih 7.6 bilion KRW.

https://lomp.at/sse32
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @junmu_ (IG) / @jin (IG)
Korea

“Kembar Terpisah?”- Bintang ‘Dynamite Kiss’ Pasang Impian Bertemu BTS Jin

by Nurul A.
December 29, 2025

Aktor Korea Selatan, Kim Mu Jun vbaru-baru ini menjadi tular selepas penonton drama Korea 'Dynamite Kiss' mendakwa wajahnya mirip ahli...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Korea

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

by Phic ARMAN
January 3, 2026

Kalau anda peminat K-pop mesti tak lepaskan berita ini, Kim Ji-soo dan Kim Taehyung sekali lagi buat dunia hiburan gempar!...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  4. 4

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore