Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

5 Filem Gangster Korea Yang Ini Kamu Patut Tengok, Sumpah Best!

by Soph Azz
June 27, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

19
KONGSIAN
Share on Facebook

Selain genre rom-com, thriller dan sebagainya, kamu tak patut lepaskan peluang untuk menonton filem gangster Korea. Memang berbaloi dan pasti kamu akan tonton berulang kali.

Kali ini Murai MY senaraikan 5 filem gangster Korea yang paling best. Yang ini kamu memang wajib tonton!

Friend (2001)

Filem ini berkisahkan tentang 4 rakan karib iaitu Joon Seok (Yoo Oh Sung), Dong Soo (Jang Dong Gun), Sang Taek (Seo Tae Hwa), dan Joong Ho (Jung Woon Taek).

YouTube video

Meskipun berkawan sejak kecil, Sang Taek dan Joong Ho mempunyai masa depan yang cerah berbanding dengan Joon Seok dan Dong Soo.  Kedua-dua mereka akhirnya menjadi samseng sehinggakan kumpulan yang mereka anggotai itu mempunyai masalah dan terpaksa saling membunuh.

New World (2013)

Lee Jung Jae yang memainkan watak Lee Ja Sung merupakan seorang anggota polis yang terlibat dengan organisasi jenayah terbesar di Korea Selatan. Disebabkan oleh kesetiaannya, Ja Sung telah dianggap sebagai saudara sendiri oleh bosnya, Jung Chug (Hwang Jung Min).

YouTube video

Kemudiannya berlaku perebutan kuasa setelah ketua organisasi, Goldman dibunuh. Ketika polis mula campur tangan, Ja Sung berada dalam dilema untuk mempertahankan kesetiaannya kepada organisasi atau jalankan tugas sebagai pegawai polis.

The Outlaws (2017)

Berdasarkan kisah benar iaitu Kejadikan Heuksapa (2014), filem ini menceritakan kisah pertempuran antara polis dan dua kumpulan gangster di wilayah Chinatown, Seoul.

YouTube video

Detektif Ma Suk Do (Ma Dong Seok) bertugas dalam menjaga keamanan di Chinatown. Dia berusaha untuk menangkan samseng yang terlibat dalam pertempuran tersebut iaitu perang geng tempatan dan geng dari Yanbian, China.

A Dirty Carnival (2016)

Menjadi ahli geng samseng, Kim Byung Doo (Jo In Sung) telah meminta Sang Chul (Yoon Je Moon) untuk menaikkan gaji disebabkan masalah keluarga tetapi permintaannya ditolak.

YouTube video

Sehinggakan Hwang Myung Geun (Chun Ho Jin) memujuk Sang Chul untuk membunuh Pendakwa Raya Park (Kwon Tae Won). Walaupun Sang Chul menolak, tetapi Byung Doo melihat tawaran itu sebagai peluang. Setelah membunuh pendakwa raya, pelbagai masalah mula timbul.

A Bittersweet Life (2005)

Mr. Kang (Kim Yeong Cheol) telah mengarahkan orang kanannya, Kim Sun Woo (Lee Byung Hun) untuk membunuh kekasihnya, Hee Soo (Shin Min Ah) setelah disyaki menipu.

YouTube video

Tanpa diduga, Sun Woo mula jatuh cinta dengan Hee Soo dan diketahui oleh Mr. Kang. Kemudiannya, Mr. Kang menyuruh anak buahnya untuk membunuh Sun Woo. Pada masa yang sama, Sun Woo sudah melaksanakan rancangan untuk membalas dendam terhadap Mr. Kang.

Di antara 5 filem gangster Korea di atas, jangan lupa kongsikan dengan Murai MY yang mana satu filem yang kamu suka.

a bittersweet lifea dirty carnivalfilem friendfilem gangster koreafilem new worldthe outlaws
https://lomp.at/1yrwx
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara