Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

5 Filem Transgender Yang Membuka Mata Ramai Penonton

by Phic ARMAN
August 20, 2018
Share on Facebook

Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai perjuangan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender atau yang boleh diringkaskan sebagai LGBT ini tiba-tiba menjadi topik hangat di Malaysia. Tapi isu ini sebenarnya bukanlah isu baru.

Dalam dunia perfileman pun, tema transgender selalu digunakan dan sememangnya selalu menjadi kontroversi hampir diseluruh dunia. Maklumlah, golongan transgender masih dianggap sebagai suatu hal yang tak patut untuk diterima.

Kisah individu yang mengubah fizikal dan lari dari fitrahnya, ternyata memiliki cerita yang sangat menarik saat diangkat menjadi sebuah filem. Beberapa buah filem di Hollywood yang menggunakan tema ini ternyata memiliki alur kisah yang luar biasa.

Dari banyak-banyak filem yang mengusung tema transgender, ada beberapa yang dianggap sebagai karya terbaik sehingga menerima pengiktirafan.

The Crying Game (1992)

Dikeluarkan pada tahun 1992, The Crying Game mengusung kisah seorang lelaki pemberontak berasal dari Ireland yang diminta untuk menemui seorang wanita setelah dia bersahabat dengan tentera Amerika yang diculiknya.

Setelah keduanya bertemu, lelaki ini kemudian menjalinkan hubungan dengan wanita yang ditemuinya itu secara diam-diam. Akhirnya, dia sedar bahawa wanita tersebut bukanlah orang yang difikir selama ini rupanya seorang lelaki.

https://www.youtube.com/watch?v=sdTwY-0iqGU

`The Crying Game` mengusung genre thriller yang berjaya memenangi enam penghargaan di Academy Award. Bahkan, para pengkritii menganggap filem ini sebagai salah satu contoh dari hasil yang sempurna.

To Wong Foo Thanks for Everything, Julie Newmar (1995)

Mengusung genre komedi, To Wong Foo Thanks for Everything, Julie Newmar dibintangi oleh tiga bintang top, iaitu Wesley Snipes, Patrick Swayze, dan John Leguizamo.

Kisahnya sendiri mengisahkan tiga orang drag queen (lelaki yang mengenakan pakaian wanita) yang melakukan perjalanan ke Hollywood setelah memenangi pertandingan ‘Drag Queen of the Year’ di New York.

https://www.youtube.com/watch?v=GaNUDvdpM34

Dari filem ini, Patrick Swayze dicalonkan dalam Golden Globe Award kategori Best Actor – Motion Picture Musical or Comedy, sementara John Leguizamo masuk sebagai nominasi di kategori Best Supporting Actor.

The Adventures of Priscilla, Queen of the Desert (1994)

THE ADVENTURES OF PRISCILLA, QUEEN OF THE DESERT, Hugo Weaving, Terence Stamp, Guy Pearce, 1994, (c) Gramercy

Meskipun mengusung tema transgender, namun The Adventures of Priscilla, Queen of the Desert memenangi Piala Oscar di Academy Award ke-67 kategori Best Costume Design.

Sama seperti filem `To Wong Foo`, filem ini juga bertema perjuangan para transgender. Bezanya, di sini terdapat dua orang drag queen dan seorang wanita transeksual.

YouTube video

Dibintangi oleh Hugo Weaving, Guy Pearce, dan Terence Stamp, berbagai gelagat komedi dalam The Adventures of Priscilla, Queen of the Desert dan filem ini  disebut sebagai salah satu film transgender terbaik sepanjang masa.

Transamerica (2005)

Foto: Play it Again, Dan

Sama seperti dua filem sebelumnya, Transamerica juga memiliki unsur komedi yang sangat kental. Meskipun begitu, unsur drama yang disajikan dalam Transamerica sangatlah kental dan mendalam.

Kisahnya sendiri mengetengahkan seorang wanita bernama Bree yang melakukan pembedahan transeksual. Dia kemudian melakukan pengembaraan dengan anaknya yang sempat hilang sejak lama.

YouTube video

Meskipun hanya menjadi calon di Academy Awards, tetapi Felicity Huffman selaku aktres utamanya berjaya memenangi lebih banyak penghargaan seperti Independent Spirit Awards, Golden Globes, hingga Satellite Awards.

Boys Don’t Cry (1999)

Memiliki genre drama romantis, filem yang digarap secara independen ini, merupakan gambaran dari kisah nyata seorang transgender wanita bernama Brandon Teena yang kehilangan nyawanya setelah teman lelakinya menyedari dia menyamar sebagai lelaki.

Tak perlu diragukan lagi, filem yang dibintangi Hilary Swank ini telah meraih kejayaan kerana jalan ceritanya yang dibuat sangat dramatis dari kisah nyatanya.

YouTube video

Hasil lakonan yang mantap sebagai mendiang Brandon Teena, Hilary Swank meraih Trofi Oscar di Academy Awards ke-72 pada 2000 untuk kategori Best Actress.

Boys Don't CryJulie NewmarQueen of the DesertThe Adventures of PriscillaThe Crying GameTo Wong Foo Thanks for EverythingTransamerica
https://lomp.at/4ylfw
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara