Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Idea Temu Janji Bajet Rendah Di Kuala Lumpur, Romantik Tanpa Bebankan Poket

by Naja Nix
December 27, 2025
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan gaya hidup bandar yang serba pantas dan kos sara hidup yang tinggi.

Namun hakikatnya, ibu kota ini masih menawarkan pelbagai pilihan aktiviti ringkas dan berpatutan untk pasangann yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama.

Temu janji tidak semestinya berkisar tentang makan malam mewah atau hadiah mahal, sebaliknya pengalaman yang dikongsi bersama itulah yang membentuk kenangan bermakna.

Berikut lima idea temu janji bajet rendah di Kuala Lumpur yang bukan sahaja menjmatkan, malah sesuai untuk pasangan yang mahu menikmati masa bersama tanpa tekanan perbelanjaan.

Suasana Tenang Di Perdana Botanical Gardens

via Instagram /smash_eh

Perdana Botanical Gardens kekal sebagai antara lokasi hijau paling ikonik di Kuala Lumpur. Dengann suasana alam yang mendamaikan, taman ini sesuai untuk pasangan yang inginkan ketenangan jauh daripada kesibukan kota.

Aktiviti seperti membaca buku, berkelah atau sekadar berjalan santai sudah memadai untuk mengisi masa bersama.

Kemasukan ke kawasan utama taman adalah percuma, menajdikannya pilihan ideal untuk temu janji bajet rendah.

Hanya beberapa tarikan khas di dalam taman mengenakan bayaran dengan kadar mininum RM1, namun kebanyakan pengunjung boleh menikmati kawasan hijau ini tanpa sebarang kos.

Nikmati Persembahan Orkestra Kuala Lumpur Secara Percuma

via Instagram /orkestrakualalummpur

Bagi pasangan yang menggemari seni dan muzik, persembahan Orkestra Kuala Lumpur menawarkan pengalaman berkelas tanpa perlu membeli tiket mahal dianjurkan oleh auditorium Menara DBKL.

Orkestra ini sering mengadakan konsert terbuka kepada orang ramai pada setiap bulan sebagai sebahagian daripada usaha memperkaya budaya.

Persembahan yang dibawa merangkumi pelbagai genre dan sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dengan perancangan awal dan sedikit usaha mengikuti jadual persembahan, setiap pasangan boleh menikmati temu janji yang elegan tanpa sebarang bayaran masuk.

Lepaskan Stress Di Baseball Cage, MyTOWN

via Instagram /baseballcagemytown

Untuk pasangan yang gemarkan aktiviti fizikal dan suasana yang lebih santai, Baseball Cage di MyTOWN Shopping Centre boleh menjadi pilihan menarik.

Aktiviti ini membolehkan pengunjung mencuba kemahiran memukul bola dalam ruang tertutup yang selamat dan menyeronokkan.

Dengan harga sekitar RM6 hingga RM8 bagi satu sesi, aktiviti ini tergolong dalam kategori mampu milik dan sesuai untuk mencuba sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan. Selain menyeronokkan, ia turut menjadi sebuah aktiviti unik untuk mengeratkan hubungan.

Cuba Nasib Bersama Di Space Panda

via Instagram /jhstudio887

Permainan claw machine kembali menjadi trend, dan Space Panda antara lokasi yang menawarkan pengalaman ini pada harga yang sangat berpatutan. Dengan token bermula sekitar RM1, pasangan bebas menentukan bajet masing-masing.

Selain keseronokan mencuba nasib, hadiah berupa snek dan minuman menjadikan aktiviti ini lebih menarik. Walaupun simple, pengalaman bermain bersama sering mencetuskan detik spontan yang menceriakan suasana temu janji.

Bersantai Di TRX City Park

via Instagram /hazwanhfiz

TRX City Park menawarkan ruang hijau moden di tengah pembangunan bandar yang pesat. Terletak di aras bumbung The Exchange TRX, taman ini dibuka secara percuma kepada orang ramai dan sesuai untuk aktiviti santai bersama pasangan.

Dengan laluan pejalan kaki, tempat duduk awam dan instalasi seni, pasangan boleh menikmati suasana tenang sambil berbual atau mengambil gambar kenangan. Ia membuktikan bahawa lokasi premium tidak semestinya hadir dengan kos tinggi.

Pada akhirnya, nilai sesebuah temu janji bukan diukur melalui jumlah wang yang dibelanjakan, tetapi melalui kualiti masa yang dikongsi bersama. Lima idea ini membuktikan bahawa di Kuala Lumpur, romantik masih boleh diraikan secara sederhana, berpatutan dan penuh makna tanpa perlu risau soal bajet

baseball cagelima idea temu janjiorkestra kuala lumpurperdana botanical gardenspace pandatrx city park
https://lomp.at/ys98y
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @Funtasi Land
LifeXplore

Confirm Tak Nak Balik! Mini Rides, Roller Coaster & Playground Semua Ada Di Funtasi Land Plus+

by Farah Fatihah
March 21, 2026

Marina Island, Perak kini menambah satu lagi pilihan destinasi percutian menerusi pembukaan Funtasi Land Plus+. Taman hiburan luar seluas 3.5...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Lepas Tarawih Terus Moreh? Ini 5 Port Popular Di Kelantan Waktu Ramadan

by Farah Fatihah
February 14, 2026

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi dan selain berbuka puasa, aktiviti moreh juga menjadi antara momen yang dinanti-nantikan. Sama ada...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara