• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

5 Kes Perceraian Termahal Dunia, Ada Yang Sampai Cecah RM300 Bilion!

by Puteri Alia
June 4, 2021
Foto - Tatler Hong Kong/The Conversation

Foto - Tatler Hong Kong/The Conversation

Share on Facebook

Apabila pasangan dari golongan sosialit atau ahli perniagaan tersohor bercerai, mereka akan menjadi tumpuan masyarakat umum.

Bukan apa, orang ramai akan berasa terkejut dengan jumlah wang yang pasangan diceraikan itu dapat selepas pembahagian harta kekayaan dan aset di bahagi sama rata.

Dipetik dari IDN Times, ini antara kes perceraian termahal dan berprofil tinggi dunia yang buat orang ramai terdiam berdasarkan jumlah wang perjanjian perceraian mereka.

Bill Gates Dan Melinda Gates

Perkahwinan Melinda dan Bill Gates selama 27 tahun berakhir jua dengan perceraian, dan ianya dilakukan dengan cara baik dan proses pembahagian harta dan aset juga berjalan dengan lancar.

Berdasarkan laporan yang keluarkan Forbes, Bill Gates sendiri mempunyai harta kekayaan sebanyak $130.5 bilion USD atau RM538.8 bilion, jadi sudah tentunya wang yang Melinda dapat selepas bercerai juga bukannya sedikit.

Foto – New York post

Tarikh bercerai: 3 Mac 2021

Wang yang Melinda dapati: RM301.6 bilion

Jeff Bezos Dan MacKenzie Scott

Perkahwinan antara Jeff Bezos dan bekas isterinya MacKenzie Scott hanya dapat bertahan selama 25 tahun saja, seperti sedia maklum harta kekayaan pasangan Amazon ini bukan biasa-biasa jadi sudah tentu wang pembahagian dan perjanjian yang diberikan pastinya saksama.

Foto – Tatler Hong Kong

Tarikh bercerai: April 2019

Wang yang MacKenzie Scott dapat: RM156.9 bilion

Elon Musk Dan Talulah Riley

Ahli perniagaan dan sosialit terkenal Elon Musk bercerai dengan isterinya Talulah Riley yang merupakan seorang pelakon dan dalam proses perceraian itu Talulah Riley mendapat sejumlah wang perjanjian yang agak banyak juga.

Foto – Business Insider

Tarikh bercerai: 2016

Wang yang Talulah Riley dapat: RM82.5 juta wang penyelesaian dan RM701k wang bulanan

Alec Wildenstein Dan Jocelyn Wildenstein

Pasangan sosialit ini juga tidak bertahan lama dan memilih untuk berpisah dengan baik, pada waktu era 90an kes pasangan ini membuatkan orang ramai tergamam dengan jumlah wang penyelesaian yang diberikan.

Foto – Express Digest/People

Tarikh bercerai: 1999

Wang yang Jocelyn dapat: RM10.3 bilion wang penyelesaian dan RM412.7 juta wang tunai

Rupert Murdoch Dan Anna Maria Mann

Satu lagi kes perceraian termahal semasa era 90an adalah, kes perceraian antara Rupert Murdoch dan Anna Maria Mann.

Perkahwinan mereka bertahan selama 32 tahun dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, dalam proses perceraian tersebut Anna mendapat sejumlah wang perceraian yang sangat banyak.

Foto – business Insider

Tarikh bercerai: 1999

Wang yang Anna dapat: RM7 bilion wang penyelesaian dan RM454 juta wang tunai

Tak sangka betul bukan belanja kahwin saja yang mahal, bercerai pun sama juga ya!

Alec Wildensteinbill gatesceraiElon MuskJeff BezosmahalRupert Murdoch
https://lomp.at/6tpym
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Berita

Rita Rudaini Dedah Kisah Lama Bekas Isteri Safee Sali, Fitria Elfina?-“Balasan Allah Itu Pasti…”

by Naddy Joe
March 27, 2024

Umum mengetahui, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali bersama isterinya Fitria Elfina Maharip telah sah bercerai talak dua di...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore