• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Selalu Redha Dengan Dugaan! Ini 5 Kontroversi Panas Ebit Lew Yang Tak Dilupakan

by Jash Lee
August 7, 2021
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini nama Ustaz Ebit Lew sering menjadi perbualan hangat para netizen. Ustaz Ebit Lew adalah seorang pendakwah bebas yang cukup dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum kami mengulas lebih lanjut lagi, mari kita kenali dengan lebih rapat lagi siapakah insan yang sering menjadi sebutan ini.

Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya ialah Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau yang dilahirkan pada 21 Disember 1984. Ebit Lew berasal dari Pahang dan merupakan anak ke-3 dari 11 orang adik beradik. Ebit Lew yang berketurunan Cina dan mula memeluk Islam pada usianya 12 tahun. Dia telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Ebit Lew juga sering mendapat perhatian susulan daripada keprihatinannya yang suka membantu dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum. Namun, sejak kebelakangan ini, nama Ebit Lew sering dihujani dengan beberapa kontroversi. Di sini kami senaraikan antara 6 kontroversi yang berkait dengan Ustaz Ebit Lew. Jom kita tengok!

1. Misi Kemanusiaan Ke Gaza

via caramohon.com

Pada Mei 2021, Ustaz Ebit lew telah berangkat ke Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan. Namun, misinya dicemari dengan pelbagai dakwaan dan caci maki yang agak buruk dan telah mendapat perhatian negara.

Dia juga telah digelar dajal, syaitan, babi dan perompak oleh segelintir individu yang beranggapan dia tidak telus dalam menguruskan dana.

Antara dakwaan lain adalah pasukan Ebit Lew tidak berkongsi perkembangan sepanjang di Kaherah, pembelian bantuan sepatutnya dibeli di Gaza bukan di Kaherah dan masa 3 hari di Gaza terlalu singkat untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan dan pelbagai lagi tohmahan.

2. Perbalahan Dengan Penyanyi Rap, Caprice

via kitareporters.com

Penyanyi rap Caprice yang turut sama melancarkan misi kemanusiaan ke Palestin juga mendakwa bahawa Ustaz Ebit Lew mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaannya berdasarkan dakwaan dari penduduk Palestin sendiri.

Caprice juga mengatakan bahawa rancangan mereka untuk memasuki Gaza bersama juga telah terhalang akibat campur tangan dari pihak luar.

Ustaz Ebit Lew juga ada menjelaskan yang dia terkejut kerana Caprice cuba menepis tangannya sewaktu Ebit  memeluk Caprice dan menepuk dadanya sebagai tanda menenangkan hati. Walau bagaimanapun, Caprice telah membuat permohonan maaf dengan semua isu yang terjadi antara dia dan Ustaz Ebit Lew.

3. Tuduhan Dr Nadir Al-Nuri

via buzzkini.com

Pada 21 Julai 2021, Nadir Al-Nuri telah menuduh Ustaz Ebit Lew yang katanya menggunakan ‘pintu belakang’ untuk memasuki Palestin, iaitu menggunakan bantuan sebuah syarikat alternatif yang menjamin kemasukan lebih mudah tetapi dengan bayaran yang lebih tinggi. Nadir juga mempersoalkan etika-etika lain termasuk pembelian barangan bantuan di Mesir berbanding di Gaza.

Dalam live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini, dia juga pernah menyebut bahawa beliau telah mengumpul sumbangan yang bernilai RM20 juta. Namun Ustaz Ebit Lew menyangkal balik persoalan itu kepada Nadir ‘Di mana duit RM20 juta yang dikutip, kat akaun siapa dan juga tiada bukti atau resit’. 

4. Isu Melibatkan Pendakwah Bebas Ustaz Abu Syafiq

via buzzkini.com

Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mendakwa dirinya telah difitnah teruk oleh beberapa orang ahli  dari pasukan  Ustaz Ebit Lew.

Antara fitnah yang dilontarkan adalah Ustaz Abu telah mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew.  Namun setelah disiasat, rupanya lama Facebook Ustaz Abu Syafiq telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

5. Video ‘Leak’ Yang Mirip Ustaz Ebit Lew Tersebar

via screenchot

Terbaru, nama Ustaz Ebit Lew sekali lagi terpalit dengan isu panas yang kononnya terdapat sebuah video ‘leak’ yang mirip Ebit Lew telah tersebar di media sosial. Video tersebut yang menunjukkan seorang lelaki yang melakukan aksi yang tidak sopan di atas katil.

Ustaz Ebit Lew telah melakukan sidang media pada 22 Julai untuk membantah segala apa yang didakwa sebagai fitnah terhadap dirinya. Laporan juga telah turut dibuat olehnya sebagai balasan terhadap semua dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya. Perkara ini telah mendapat perhatian seluruh negara.

Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik agar semua ini berakhir dengan sempurna.

ebitlewkontroversi2021
https://lomp.at/li5p8
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Berita

Rita Rudaini Dedah Kisah Lama Bekas Isteri Safee Sali, Fitria Elfina?-“Balasan Allah Itu Pasti…”

by Naddy Joe
March 27, 2024

Umum mengetahui, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali bersama isterinya Fitria Elfina Maharip telah sah bercerai talak dua di...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore