Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Petua Untuk Mencegah Pertumbuhan Jerawat Akibat Kerap Memakai Pelitup Muka

by Jash Lee
December 19, 2020
Share on Facebook

Memandangkan situasi pandemi Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekarang ini, kita diwajibkan untuk memakai pelitup muka setiap kali berada di luar rumah. Ada juga yang tidak dibenarkan untuk membuka pelitup muka sepanjang berada di pejabat bagi yang bekerja. Perkara ini sudah menjadi satu syarat wajib yang tidak boleh diambil mudah.

Namun, memakai topeng muka hampir sepanjang hari lebih cenderung untuk menjadikan kulit wajah bertambah berminyak dan mudah berjerawat. Masalah ini mungkin menjadi satu kerisauan kepada semua orang. Tapi, anda tidak perlu terlalu risau kerana kami akan berkongsi dengan setiap pembaca tentang 5 petua untuk mencegah risiko pertumbuhan jerawat akibat terlalu kerap atau terlalu lama memakai pelitup muka. Jom kita tengok!

Pemilihan Topeng Muka Yang Betul

via blogspot.com

Semakin tebal pelitup muka yang kita gunakan setiap hari, maka lebih selamat ia akan melindungi anda. Tetapi sayangnya, pelitup muka yang lebih tebal akan menghalang kulit dari bernafas dengan lebih baik. Anda sendiri sebenarnya bebas untuk memilih pelitup muka yang sesuai dengan anda. Bermula dari pelitup muka jenis kain atau sebagainya. Sekiranya anda memilih untuk memakai pelitup dari jenis kain, pastikan ia diperbuat daripada kain jenis kapas kerana ianya bertekstur lebih lembut dan ringan dan ini akan memudahkan kulit untuk bernafas dengan lebih baik.

Pastikan Pelitup Muka Jenis Kain Dicuci Dahulu Sebelum Dipakai. 

via www.goodsania.com

Pastikan tepong muka anda betul-betul bersih sebelum digunakan. Elakkan dari pemakaian topeng muka secara berterusan tanpa membasuhnya terutama sekali bagi topeng muka jenis kain. Pastikan ianya dibasuh terlebih dahulu sebelum dipakai. Ini adalah bagi memastikan ia bebas dari segala habuk dan kuman. Pastikan wajah anda juga dibersihkan terlebih dahulu sebelum anda mengenakan pelitup muka.

Gunakan Pelembap Sebelum Memakai Pelitup Muka

via miminadam.com

Walaupun separuh dari wajah anda tidak akan kelihatan semasa pemakaian pelitup muka, namun tidak ada salahnya untuk anda menggunakan pelembap setiap kali sebelum memakai pelitup muka. Elakkan dari memilih pelembap dengan tekstur berminyak kerana ia sebenarnya akan menggalakkan lagi proses pertumbuhan jerawat. Anda disarankan untuk memilih pelembap yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF30. Ini amat berguna untuk mengelakkan kulit wajah anda akan berbelang warna kerana separuh dari kulit wajah akan terkena sinaran matahari.

Jangan Menggunakan Mekap Yang Terlalu Tebal

via bukanaku.com

Pemakaian alat solek yang terlalu tebal akan menyebabkan liang-liang pori pada kulit wajah tersumbat. Bayangkan jika anda bersolek dan dalam masa yang sama anda juga mengenakan pelitup muka, pasti kulit akan lebih sukar untuk bernafas. Inilah salah satu sebab jerawat akan mudah tumbuh di wajah anda. Oleh itu, penggunaan alat solek yang betul juga amat memainkan peranan yang penting. Anda juga pasti tidak mahu jika alat solek anda akan melekat pada topeng muka yang dipakai bukan?

Cuci Muka Setelah Seharian Mengenakan Pelitup Muka

via PosKupang

Setelah hampir seharian kita menggunakan topeng muka, jangan lupa untuk anda mencuci muka dengan menggunakan produk pembersih muka kegemaran anda. Namun, produk yang terbaik adalah produk dari jenis yang mengandungi sekurang-kurangnya retinol, benzoyl peroxide dan salicylic acid. Ketiga-tiga gabungan ini amat berguna bagi mengelakkan akan pertumbuhan jerawat. Pastikan juga anda tidak lupa untuk menggunakan pelembap atau krim malam anda selepas itu.

Jadi, itulah antara perkongsian yang dapat kami kongsikan bersama dengan anda tentang cara mudah bagaimana untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat walaupun kita memakai topeng muka untuk jangka masa yang agak lama sehari-harian. Sama-sama kita amalkan.

kerappakaipelitupmuka jerawat tipselakjerawat
https://lomp.at/b6cl2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara