Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

5 Putera Raja Melayu Malaysia Yang Paling Kacak -“Wow! Yang No 1 Memang Kacak”

by Jash Lee
April 6, 2023
1.8k
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang dahulunya pernah berangan untuk berkahwin dengan anak raja?. Apabila berbicara soal putera raja memang tidak dapat dinafikan, pasti ada diantara kita yang berangan untuk berkahwin dengan mereka.

Tambah pula, putera raja mestilah seorang yang kacak dan berkaliber serta dapat menarik perhatian rakyat jelatanya dengan kesopanan dan adab dari mereka. Oleh itu, MURAI MY senaraikan 5 putera raja melayu Malaysia yang popular, kacak dan menjadi perhatian media, serta pencapaian mereka yang bukan calang-calang. Jom kita lihat 5 Putera Raja Melayu Malaysia yang paling kacak ini.

1. Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri

VIA instagram tunku abdul rahman hassanal jeffri

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru dengan gelaran Tunku Panglima Johor. Baginda merupakan anakanda kelima dan putera keempat kepada Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah.

Tengku Abdul Rahman juga telah menjalani latihan asas ketenteraan selama 5 bulan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2009 dan ketika itu beliau berpangkat Leftenan serta baginda juga merupakan pemandu kereta lumba.

2. Tengku Fahd Mua’adzam

VIA google

Tengku Fahd Mua’adzam diputerakan pada 10 Februari 1994 dengan gelaran Tengku Arif Temenggong Pahang. Baginda dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dan merupakan anakanda bongsu dan putera tunggal kepada almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan isteri kedua almarhum Cik Puan Besar Kalsom binti Abdullah.

Tengku Fahd Muaádzam mendapat pendidikan di Garden International School, Kuantan. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Eton College, United Kingdom. Baginda juga melanjutkan pelajaran di University princeton, Amerika Syarikat.

3. Tengku Hassanal Ibrahim 

VIA google

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.

Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

4. Tengku Muhammad Iskandar 

VIA google

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah diputerakan pada 3 Ogos 1997 dengan gelaran Tengku Arif Bendahara Pahang. Baginda merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda merupakan kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

5. Tengku Ahmad Ismail

VIA Google

Tengku Muhammad Ismail Mu’adzam Shah diputerakan pada 11 September 2000 dengan gelaran Tengku Panglima Muda Pahang. Beliau merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Tengku Ahmad Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST THOMAS, Kuantan Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory Schoo; Farnham Royal, United Kingdom.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Haileybury School & Epsom College dan kemudian melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Royal Holloway, University of London.

Apa kata anda mengenai kelima-lima Putera Raja melayu Malaysia ini, Kacak kan?

putera raja melayu malaysia
Share739Tweet462SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem