Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“50 Patah Perkataan Sekarang”- Shila Amzah Bangga Anak Dah Mula Bercakap

Anak Shila yang alami masalah gangguan percakapan kini menunjukan perkembangan positif

by Puteri Alia
April 28, 2022
via Instagram Shila Amzah

via Instagram Shila Amzah

Share on Facebook

Penyanyi berbakat tanah air, Shila Amzah berkongsi video perkembangan anak lelakinya Seth Uwais di Instagram semalam mendapat perhatian ramai peminatnya dan juga kaum ibu.

Bangga Anak Dah Boleh Bercakap

Wanita ibu tunggal ini berkongsi di media sosialnya, bahawa anak kesayangannya itu kini sudah mula bercakap secara perlahan-lahan.

Shila yang bangga dengan perkembangan anaknya itu meluahkan rasa sebak melihat perubahan tersebut, kerana anaknya tidak mengucap sepatah perkataan sehinggalah bulan Januari tahun ini.

“Seth perlahan-lahan menunjukan perkembangan dengan percakapan dia. Saya boleh cakap yang dia mungkin boleh sebut dalam 50 patah perkataan sekarang..

Dia cuba yang terbaik untuk pencapaian dia dan saya tak pernah rasa bangga 100 peratus.

Dengan kosong patah perkataan sehingga Januari 2022, sekarang dia dah boleh sebut perkara asas macam nombor, warna, bentuk, susu, tidur.. Saya menangis” dedahnya

via Instagram Shila Amzah

Buka Cerita Tentang Anak

Gara-gara ramai yang bertanya tentang perihal masalah yang dialami anaknya itu, dalam muat naik terkini Shila, pelatun lagu Patah Seribu Hatiku ini membuka cerita mengenai isu tersebut di Instagram nya.

“Ramai orang tanya pasal Seth punya lambat bercakap.. Dia bakal berusia 3 tahun pada 31 Ogos. Saya diberitahu yang dia ada masalah deria. Sebab tu nak capai semua pencapaian macam budak-budak lain, Seth agak lambat dalam setahun lebih..

Siapa-siapa yang tanya untuk pergi terapi tu, juruterapi takkan terus suruh buat terapi lambat percakapan dulu.. Akan mula dengan terapi kerja dulu, kemudian baru terapi percakapan.” kongsinya

via Instagram Shila Amzah

Persekitaran Main Peranan

Dalam pada itu, wanita hebat ini juga mendedahkan bahawa persekitaran yang baik sangat memainkan peranan penting untuk tumbesaran anak. Shila akui setelah berpisah kini keadaan anaknya mula menunjukan perkembangan yang positif.

“Masa Sha pergi periksa kat HUKM, doktor kata Seth ada kemungkinan austime dan itu masa 6 bulan lepas.

Sebenarnya, persekitaran sangat memainkan peranan yang penting.. Bila tiada lagi anasir yang mengganggu tumbesaran dia, In sha Allah kita cuma kena sabar..

Seth dari tak ada pandangan mata, kita cakap pun dia taknak layan.. Selalu dalam dunia dia sendiri.. Tak suka sentuhan fizikal.. Sekarang dia berkepit, peluk. Alhamdulillah.” kongsinya lagi

Rakan Artis, Peminat Titip Doa Dan Kata Semangat

Melihat kedua-dua hantaran yang dikongsikan penyanyi berbakat besar tanah air ini, membuatkan ramai rakan artis dan peminatnya menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk Shila dan juga Seth.

“Alhamdulillah.. Yang lambat bercakap ni lah yang petah bercakap esok ni. Insyaallah..”

“Syabas Seth, syabas ibu”

“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kamu dan Seth” komen mereka

via Instagram Shila Amzah

Murai juga mendoakan agar Seth dapat petah bercakap kelak, insyaAllah.

Amy Search Muncul di IPD Shah Alam Bersama Isteri, Netizen Tertanya-Tanya Tindakan Susulan Isu Shila Amzah
shila amzah
https://lomp.at/oksl1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Beri Pesanan Buat Marissa Isu Dua Kali Lafaz Cerai Luar Mahkamah-“Anak Mama Kuat..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Pelakon, Abby Abadi menitipkan pesanan buat anak perempuannya, Marissa Dania yang hadir bersama Ahmad Aslam di mahkamah bagi prosedur tuntutan...

Read moreDetails
Spotlight

Hitman Solutions Akhirnya Tamatkan Penantian Peminat Avenged Sevenfold Di Malaysia

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Selepas sekian lama menunggu, akhirnya berita yang dinanti-nantikan peminat rock tanah air menjadi kenyataan. Band heavy metal legenda, Avenged Sevenfold...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara