Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

6 Hal Tentang Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan Yang Malaysia Patut Tahu!

by Khai Azfar
February 5, 2018
86
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih lagi hangat membicarakan mengenai perkahwinan keluarga 2 jutawan dimana SM Faliq SM Nasimuddin telah selamat menikahi anak kepada Tan Sri Vincent Tan, CEO Berjaya Group, Chryseis Tan.

Bukan sahaja kerana keluarga mereka cukup dikenali, malah kedua-duanya mempunyai karisma tersendiri. Ikuti 8 perkara menarik mengenai pasangan yang sama cantik dan sama padan ini.

1. Bukan Kerana Harta Dan Pangkat

Jika anda fikir, kedua-duanya berkahwin atas dasar harta dan pangkat semata-mata, sangkaan tersebut ternyata salah. Ini kerana menurut laporan sebuah akhbar sebelum ini, Faliq dan Chryseis saling mengenali ketika mereka belajar di sebuah sekolah antarabangsa tidak lama dahulu.

2. Dua ‘Superhero’ Syarikat Besar

Malah kedua-duanya turut memegang jawatan penting di syarikat keluarga masing-masing. Jika Faliq adalah Deputy Executive Chairman dan Group Managing Director NAZA TTDI, Chryseis pula CEO Berjaya Times Square Berhad. Hebat!

3. Faliq Tiada Akaun Instagram

Sedang mencari akaun rasmi Instagram Faliq? Lupakan sahaja niat tersebut kerana beliau tidak mempunyai akaun ini dan lebih gemar menghabiskan masanya dengan bersukan dan minatnya dalam dunia permotoran.

Sebaliknya bagi Chryseis, beliau begitu aktif di Instagram sehingga turut digelar Ratu Instagram kerana sering kali memuat naik gambarnya bercuti dan mempamerkan fesyen terkini.

4. Mempunyai Keluarga Besar

Mereka lahir dalam keluarga yang besar! Chryseis mempunyai 11 adik beradik manakala Faliq mempunyai 5 orang adik beradik dan tidak termasuk adik beradik tirinya yang juga seramai 5 orang.

5. Another Beauty With Brain!

Chryseis bukan sahaja cantik dan berpelajaran. Malah usahawan ini cukup dikenali dengan kejayaannya. Bukan sahaja mempunyai Berjaya Times Square, malah permata hati Faliq ini turut mempunyai beberapa perniagaan lain termasuk La Juiceria, aplikasi Goxip, dan Greyhound Café .

[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh

6. Ikut Jejak Langkah Abang

Melihatkan kejayaan abang-abangnya, Datuk SM Faisal dan SM Nasaruddin yang menerajui syarikat NAZA, Faliq bukan sahaja turut mengusahakan perniagaan keluaga mereka, malah turut mengikut jejak abangnya Nasaruddin yang berkahwin dengan bangsa cina, iaitu mengahwini Marion Counter sebelum ini.

Sudah pasti ramai yang tidak untuk lihat wajah anak-anak Faliq dan Chryseis kelak.

berjaya groupberjaya times squareChryseis Tanchryseis tan dan faliq nasimuddinFaliq Nasimuddinkeluarga sm nasimuddinmarion caunternaza ttdism faliq
https://lomp.at/6tsdr
Share34Tweet22SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara