Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

6 Tahun Lepas COVID-19, Tony Fernandes Kongsi Khabar Gembira- “Hari Ini, Detik Amat Bermakna’

by Phic ARMAN
October 30, 2025
Share on Facebook

Ingat lagi masa zaman COVID-19 dulu? Kapal terbang semua tersadai, lapangan terbang sunyi, ramai hilang kerja termasuk staf AirAsia. Masa itu, macam langit pun gelap, tak nampak harapan. Tapi hari ini, lepas enam tahun berlalu, Tony Fernandes datang dengan satu berita gembira.

Ibarat pesawat yang lama tersadai, kini dah mula enjin balik dan bersedia nak terbang tinggi semula.

View this post on Instagram

A post shared by Fly AirAsia (@flyairasia)

Capital A Berhad (syarikat induk AirAsia) umum bahawa semua urusan penting untuk jual dan susun semula perniagaan penerbangan sudah siap sepenuhnya! Maksudnya, urusan dengan AirAsia X Berhad (AAX) kini sudah rasmi dan sah tanpa sebarang tunggakan.

Dengan ini, AirAsia boleh mula bab baru, lebih tersusun, lebih besar, dan lebih canggih.

Semua AirAsia Kini Bawah Satu Bumbung

Selama ini AirAsia ada banyak cabang, ada yang urus penerbangan jarak dekat, ada yang jauh. Tapi sekarang semuanya akan disatukan bawah satu kumpulan besar yang dinamakan AirAsia Group.

Bayangkan dulu macam keluarga besar duduk rumah asing-asing, sekarang semua akan duduk serumah balik. Senang nak urus, senang nak berkembang.

Sementara tu, Capital A pula akan tumpu pada bidang pelancongan dan digital. Tony kata, perjalanan ni panjang gila, tapi berbaloi.

“

Hari ini merupakan detik yang amat bermakna bagi saya kerana akhirnya kita dapat mengumumkan bahawa semua syarat utama telah dipenuhi dan perjanjian kini berkuat kuasa sepenuhnya. Sepanjang tahun lalu, kami telah berusaha gigih untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan dan mengatasi pelbagai halangan bagi memastikan urusniaga ini dapat direalisasikan.

Kami kini berada di fasa terakhir bagi perjalanan yang terasa seolah-olah tiada penghujungnya, akan tetapi kami terus lebih kuat membentuk kumpulan syarikat penerbangan yang lebih kukuh serta sebuah kumpulan baharu yang terdiri daripada lima syarikat utama di bawah Capital A.

Kami dah tempuh banyak halangan. Tapi berkat semangat dan kesabaran semua Allstars (staf AirAsia), akhirnya hari ni kita berjaya juga,” katanya dengan penuh rasa lega.

Dua Sayap, Dua Arah Baru

Menjelang hujung tahun ini (Disember), Capital A akan ada dua sayap utama yang bergerak ke arah berbeza tapi saling melengkapi:

AirAsia Group: Gabungkan semua penerbangan AirAsia di Asia Tenggara. Tony nak jadikan AirAsia syarikat penerbangan kos rendah pertama di dunia yang guna pesawat badan sempit (narrowbody) macam Airbus A321neo dan A321XLR. Pesawat ini boleh terbang jauh tapi lebih jimat minyak dan kos. Ibarat beli motor kecil tapi laju, senang nak selit dan kurang makan minyak.

Capital A: Akan fokus pada bisnes pelancongan dan digital, dengan lima anak syarikat utama:

  • ADE |  bahagian kejuruteraan (orang yang jaga kapal terbang tu)
  • Teleport |  urus penghantaran barang (macam “GrabExpress versi kapal terbang”)
  • AirAsia MOVE | platform untuk tempah penerbangan dan hotel
  • Santan | makanan dan minuman jenama AirAsia
  • Abc. (AirAsia NEXT) |  bahagian lesen jenama dan idea bisnes baru

Senang cerita, Capital A sekarang bukan sekadar syarikat kapal terbang. Dia jadi kumpulan besar yang ada banyak cabang bisnes, macam pokok besar yang dah bercambah banyak dahan.

Tony akui masa pandemik dulu, dia pun pernah rasa buntu. Tapi katanya, kalau dah percaya dengan apa yang dibuat, lambat laun hasilnya akan nampak.

“Kami belajar daripada kesusahan. Sekarang, kami nak bina semula dengan lebih kuat dan moden,” katanya.

Dengan langkah baru ni, AirAsia Group tak lagi bergantung pada satu negara atau pasaran saja. Mereka akan ada banyak ‘hab’ di seluruh Asia, jadi kalau satu tempat perlahan, yang lain boleh tampung. Bijak juga strateginya.

Dari Jatuh ke Bangkit

Kalau fikir balik, AirAsia dulu antara syarikat paling teruk kena hentam masa pandemik. Tapi hari ni, mereka bukan sekadar bangkit, mereka sudah ubah arah, dan bersedia untuk masa depan.

Enam tahun lepas, dunia sepi tanpa kapal terbang. Hari ini, Tony Fernandes buktikan satu benda, bila tak putus asa, yang jatuh pun boleh terbang semula.

Lebih 16 Juta Penumpang Naik AirAsia Di Awal Tahun 2025, Tony Fernandes- “Ini Masanya Tekan Minyak Habis-Habisan”
Tony Fernandes
https://lomp.at/7qabn
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara