• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Selain Michael Ang, 6 Artis Malaysia Ini Memutuskan Untuk Memeluk Agama Islam

by Jash Lee
May 15, 2021
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Memang tidak dapat dinafikan betapa gembiranya perasaan saudara baru yang telah memeluk agam Islam. Ramai sebenarnya artis di Malaysia yang memeluk agama Islam. Disini kami senaraikan antara 7 artis yang telah memeluk agama Islam untuk dikongsikan bersama pembaca Murai.my. Jom kita tengok!

1. Micheal Ang

via suaraviral.org

Micheal Ang Hai Swee membuat pengakuan pada April 2019 bahawa dia telah memeluk Islam sejak tahun 2018 lagi. Keputusannya itu direstui oleh keluarganya. Micheal Ang merupakan seorang pengarah, penerbit dan juga pelakon di Malaysia. Dia juga adalah pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd.

2. Stacy

via blogspot

Stacy memeluk Islam pada 25 Ogos 2015 dan telah memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam sebagai nama Islamnya. Dia kemudian berkahwin dengan penyanyi, Akim pada 5 Februari 2016. Stacy juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

3. Marsha Milan Londoh

via nona

Marsha Milan Londoh mengaku telah memeluk Islam pada Disember 2015 dan berkahwin dengan Shaiful Nizam setahun selepas itu. Marsha merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Dia juga pernah menjadi salah seorang di dalam program Akademi Fantasi Musim Ke 3.

4. Mark Adam

via mforum

Mark Adam atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah telah berkahwin dengan Norazah Redzuan pada tahun 2003 selepas 2 tahun dia memeluk agama Islam. Mark adalah seorang penyanyi, pelakon, penyampai. radio, pelawak dan juga guru vokal. Mark Adam merupakan anak kelahiran Cebu, Philippines.

5. Daphne Iking

via missviraltv.com

Daphne Iking memeluk Islam pada 8 Januari 2011 dan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Azmi Abdul Raman. Daphne Iking adalah seorang pengacara dan juga pelakon yang berasal dari Keningau, Sabah. Nama Islam yang dipilihnya adalah Dahlia Eleanor Iking.

6. Marion Caunter

via nona.my

Marion Counter telah memeluk Islam sekitar Oktober 2010 dan telah berkahwin dengan seorang usahawan yang terkenal iaitu SM Nasarudin SM Nasimuddin pada 17 Disember 2010. Nama Islamnya adalah Marion Rose Caunter Abdullah merupakan seorang pengacara TV Malaysia. Dia mula terkenal setelah mengacarakan rancangan 8TV Quickie Show.

7. Amelia Henderson

via blogspot

Amelia Henderson memeluk Islam dan menukar nama kepada Putri Noor Amelia Thripura Henderson Binti Abdullah. Amelia telah berkahwin pada 14 Ogos 2015 dengan seorang kerabat diraja tetapi telah berpisah pada sekitar 2018. Amelia adalah seorang pelakon yang mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak tahun 2006 dengan membintangi sitcom ‘Adam Family’. Dia juga mempunyai darah campuran India dan Scotland.

Semoga saudara baru kita sentiasa mendapat bimbingan sokongan yang baik dari semua pihak.

Agama Islam
https://lomp.at/q3hwc
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore