Thursday, October 23, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

7 Drama Korea ‘Hits’ Lakonan Lee Moo-saeng Selain ‘The World of The Married’

by Phic ARMAN
May 18, 2020
83
KONGSIAN
Share on Facebook

Drama Korea paling ‘hits’, The World of Married, telah pun berakhir pada 16 Mei yang lalu setelah ditayangkan sebanyak 15 episod. Banyak kejadian yang tidak dijangka sebelum episod terakhir.

Dalam episod 14, tidak dijangka Doktor Ji Sun-woo hampir membunuh diri dengan membuang dirinya ke laut. Nasib baik keadaan itu dapat dihalang oleh doktor Kim Yoon-ki yang berjaya menarik Ji Sun-woo ke daratan.

Kim Yoon-ki terkejut dan bimbang dengan keadaan Ji Sun-woo. Sementara itu, Ji Sun-woo menangis dipelukan Kim Yoon-ki. Watak Kim Yoon-ki sendiri dilakonkan oleh Lee Moo-saeng, seorang pelakon yang mempunyai kerjaya selama 15 tahun di industri drama Korea.

Selain The World of Married, Kim Yoon-ki juga membintangi banyak hits drama. Selepas ini, anda pasti akan rindukan drama lakonan Lee Moo-saeng. Apa kata anda layan beberapa drama Korea yang dibintangi oleh pelakon berusia 40 tahun.

Chocolate

Via Asianwiki.com

Selain berlakon di The World of the Married, Lee Moo-saeng pertama kali berlakon dalam drama Chocolate. Drama ini mengisahkan tentang flashback masa kecil dari Lee Kang (Yoon Kye-sang) dan Moon Cha-young (Ha Ji-won) yang secara tidak sengaja bertemu lagi melalui satu kejadian. Lee Moo-saeng sebagai pelakon pembantu bernama Jeong Se-un.

Melting Me Softly

Via Asianwiki.com

Pada tahun 2019 Lee Moo-saeng berlakon dengan pelakon Ji Chang-wook dalam drama Melting Me Softly. Lee Moo-saeng memainkan peranan sebagai penolong profesor yang hebat bernama Jo Ki-beom.

Drama ini mengisahkan seorang pengarah rancangan realiti yang ingin membuktikan projek peti ais yang dimiliki oleh profesor Hwan Kap-Soo yang dapat menyejukkan manusia, sehingga manusia tetap muda. Bersama sukarelawan bernama Ko Mi-ran mereka menjadi contoh projek percubaan.

Malangnya, sebelum semuanya selesai, profesor itu tiba-tiba hilang. Hingga akhirnya Lee Moo-saeng sebagai pembantu akhirnya menjaga Ji Chang-wook dan Ko Mi-ran.

Designated Survivor: 60 Days

Via Asianwiki.com

Drama ini mengisahkan seorang bekas profesor kimia yang bekerja sebagai Menteri Alam Sekitar. Dia terpaksa menjadi presiden sementara selama 60 hari untuk menggantikan presiden yang mati dalam sebuah letupan.

Dalam drama ini Lee Moo-saeng memeranankan watak Kim Nam-wook, pegawai pengurusan pejabat presiden dan setiausaha akhbar. Di sini Lee Moo-saeng diceritakan sebagai bekas pembelot dari Korea Utara.

One Spring Night

Via Asianwiki.com

Drama romantik mengenai pustakawan, Lee Jung-in (Han Ji-min) yang mempunyai hubungan panjang dengan ahli farmasi Yoo Ji-ho (Jung Hae-in).

Kedua-duanya terlibat secara romantik setelah bertemu antara satu sama lain. Dalam drama ini Lee Moo-saeng memeranankan watak Nam Si-hoon, kakak ipar Yoo Ji-ho.

The Crowned Clown

Via Asianwiki.com

Lee Moo-saeng juga pernah membintangi drama The Crowned Clown. Drama yang mengisahkan tentang raja yang mempunyai kembar, tetapi dengan keperibadian yang berbeza.

Lee Moo-saeng memainkan adik tiri Raja Yi Heon (Yeo Jin-goo) bernama Putera Jin-pyung.

The Miracle We Met

Via Asianwiki.com

Drama ini menampilkan sebilangan selebriti terkenal seperti Ra Mi-ran, EXO Kai, Ko Chang-seok dan banyak lagi. Dalam drama ini Lee Moo-saeng berperanan sebagai Wakil Ketua Jabatan Shinhwa Bank bernama Kim Choong-man.

Prison Playbook

Via Asianwiki.com

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan banduan dan kakitangan penjara. Dalam drama ini Lee Moo-saeng berperanan sebagai pengacara bernama Kang Min-koo.

Chocolatedrama koreaJi Sun-wooJi Sun-wooJi Sun-wooLee Moo-saengMelting Me SoftlyThe World of Married
https://lomp.at/imflh
Share37Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

by Aphit J.
October 4, 2025

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read more
Filem

COOLIE Gegarkan Pawagam! Malik Streams Bawa Aksi Terbesar Tahun Ini!

Kumpulan Syarikat Malik Streams kini dikenali sebagai antara kumpulan perniagaan yang paling dinamik dan berpengaruh di Malaysia. Berkembang Pesat Dalam...

Read more
by Aphit J.
August 16, 2025
via OrphanCare
Filem

OrphanCare & Tayangan Amal: Filem, Harapan & Peluang Kedua Buat Anak-anak Terpinggir

Bayangkan sebuah malam penuh emosi, tayangan filem yang menyentuh hati dan pada masa sama anda menyumbang kepada masa depan anak-anak...

Read more
by Aphit J.
August 10, 2025
Filem

Polis Evo Kekal Kukuh 10 Tahun: Pencetus Revolusi Industri Filem Tempatan

Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia. 10 Tahun Kejayaan Francais...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
Filem

RTM Siar Supertele “Srikandi” Angkat Martabat Wanita Melayu

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal menyiarkan supertele bertajuk Srikandi, sebuah drama epik sinematik...

Read more
by Aphit J.
September 14, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  3. 3

    Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

  4. 4

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Afwa Mahu Bela Anak Ayam Sebagai Binatang Peliharaan, Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem