• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

7 Fakta Menarik Drama Bersiri ‘Suri Katriana’! Penampilan Sulung Ernie Zakri

by Phic ARMAN
October 24, 2019
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah anda seorang pencinta drama siri Melayu? Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama rantaian terbaru yang berjudul ‘Suri Katriana’ bermula 30 Oktober ini. Drama arahan sutradara Mohd Fazil Yahya ini dibintangi oleh penyanyi Ernie Zakri, yang pertama kali melibatkan diri dalam dunia lakonan.

View this post on Instagram

A post shared by Aju Ahmad (@ajuahmad_)

Sejak trailer pertama telah ditayangkan ketika ‘Majlis Sidang Media’ pada Selasa lalu (21/10/19) , drama ini memang berjaya menarik perhatian penonton. Di samping idea cerita yang bukan diadaptasi dari mana-mana novel, barisan pelakon yang membintangi nya bukan calang-calang.

Suri Katriana terbitan Astro Prima berkisahkan pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis bernama Suri yang meminati seni tari, lakonan Ernie Zakri.

Ingin tahu apa yang menarik dari drama ini? Semak di bawah, ya! Lihat 7 fakta menarik mengenai drama ini.

Kemunculan Pertama Ernie Zakri

https://www.instagram.com/p/B360BTCJ-jW/

Siapa sangka, Ernie Zakri membuat kemunculan pertama sebagai pelakon drama yang sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi dan guru vokal. Ernie diberi kepercayaan memegang watak utama , ‘Suri’ dan dia akui dunia lakonan tak semudah yang disangka malah lebih mencabar dari nyanyian.

Menurut Ernie, watak itu banyak bermain dengan emosi yang memerlukan dia kerap menangis. Dengan bantuan dari pelakon lain seperti Aishah Azman, kesukaran melakonkan babak menangis dapat diatasi dengan meletakkan dirinya berada dalam situasi jalan cerita drama tersebut.

“Pada awalnya saya memilih untuk mengenang kisah sedih peribadi untuk mengeluarkan air mata, tapi kurang menjadi. Saya dapat nasihat dari Aishah Azman, salah satu cara yang saya lakukan adalah dengan membayangkan keadaan itu benar-benar terjadi” katanya.

Setiap Episod Ada Kejutan

Drama Suri Katriana bakal menemani penonton sepanjang 49 episod selama 60 minit. Menurut pengarah, Mohd Fazil Yahya, atau lebih kenali sebagai Pali Yahya, berkata setiap episod menjanjikan sesuatu yang menarik dan mempunyai kejutannya tersendiri.

“Penonton akan merasa keliru dan ketinggalan sekiranya tidak menonton dari episod pertama kerana setiap episod menjanjikan kejutan yang tersendiri dan perjalanan cerita harus dikuti dari awal hingga ia berakhir pada episod ke-49,” katanya

Memandangkan ini merupakan salah satu karya asal bersiri panjang yang pernah dihasilkan MIG Production, panel produksi MIG, Astro, pengarah dan penulis skrip mengambil masa yang agak lama untuk mengolah bagi memantapkan lagi naratif penceritaan agak produk akhir dapat disempurnakan dengan baik.

Lokasi Penggambaran Melibatkan 2 Buah Negara

Lokasi penggambaran rata-rata telah diadakan di sekitar Selangor (Kuang, Kundang, Kuala Selangir, Rawang, Sepang dan Hulu Langat), serta di Kuala Lumpur dan beberapa lokasi utama di Thailand iaitu Pulau Phuket.

Untuk adegan-adegan yang melibatkan lokasi kampung, lebih enam kawasan kampung yang berbeza-beza digunakan di sekitar Selangor sebagai latar belakang set.

Seramai lebih 30 pelakon menjayakan drama ‘Suri Katriana’

https://www.instagram.com/p/B36uSzVl4kQ/

Drama ini menggandingkan ramai pelakon-pelakon hebat dari pelbagai latar. Pelakon baharu, berpengalaman dan ada di antara mereka yang sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca TV atau layar perak. Selain Ernie Zakri, antara barisan pelakon yang terlibat adalah Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani dan ramai lagi.

Ernie Zakri Menyanyikan Lagu Runut Bunyi

Nampaknya Ernie bukan sekadar menjadi pelakon watak utama, malah dia diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu OST untuk Suri Katriana. Lagu yang berjudul ‘Sinar Mata Hati’ ini dicipta oleh komposer terkemuka, Helen Yap bersama Slen Fadzil selaku penulis lirik

Penampilan Istimewa Rozita Che Wan 

https://www.instagram.com/p/B3nupDTlSTD/

Dalam drama Suri Katrina Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta membawa watak Puan Sofea bergandingan dengan pelakon-pelakon utama yang lain.

Che Ta kembali ke bidang lakonan selepas hampir setahun berehat menumpukan perhatian pada perniagaan.

Penggambaran dilakukan mengikut ‘Waktu Bekerja’

Rata-rata pelakon amat selesa bekerja dengan pengarah dan tim produksi, lagi-lagi difahamkan penggambaran di lakukan pada waktu bekerja dan hanya beberapa babak penting sahaja dilakukan pada waktu malam. Ini memudahkan kebanyakkan pelakon yang sudah berkeluarga untuk menguruskan hal peribadi yang lain. Sehingga hari ini, penggambaran masih dijalankan dan babak-babak yang melibatkan Ernie sudahpun selesai.

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama bakal ‘meletup’ ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 30 Oktober 2019 menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

https://lomp.at/qsjnb
Share9Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - EduBestari
Berita

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

by Nurul A.
February 4, 2026

MURAI percaya ramai yang ternanti-nantikan pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) oleh pihak kerajaan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore