Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

7 Hadiah Cinta Yang Menjadi Idaman Isteri

by Jash Lee
October 17, 2020
Share on Facebook

Adakah anda sedar bahawa sebenarnya untuk menggembirakan hati seorang isteri tidak hanya dengan wang ringgit. Anda hanya perlu bijak dalam mengambil hati isteri. Terdapat beberapa jenis hadiah yang dapat anda berikan pada isteri yang dicintai tanpa mengeluarkan wang ringgit atau sebarang kos.

Disini kami senaraikan 7 hadiah cinta yang menjadi idaman suri hati anda.

Tidur

via kataustaz.com

Wanita sememangnya amat memerlukan waktu tidur yang lebih panjang berbanding lelaki. Oleh itu, berikan masa untuk isteri anda mendapat tidur yang secukupnya. Sementara itu, anda juga dapatlah membantu untuk melakukan sedikit kerja rumah yang kebiasaannya menjadi rutin harian isteri anda. Sekurang-kurangnya bebanan kerja rumah akan berkurangan  apabila isteri anda bangun dari tidur.

Urutan

via gempak.com

Wanita sememangnya memikul tanggungjawab yang berat apabila perlu menguruskan rumahtangga dan dalam masa yang sama dia juga adalah wanita yang berkerjaya. Oleh itu, setiap kali terdapat waktu yang terluang, belailah isteri anda dengan urutan. Pastinya dia terasa dihargai dan penatnya juga berbayar jika anda memberi perhatian istimewa yang sebegini.

Waktu Bersama

via simons.com.sg

Kesibukan di pejabat kadang-kadang membataskan si suami untuk meluangkan masa berkualiti bersama isteri. Namun jika ada waktu yang terluang, hargailah dengan sebaiknya dan peruntukkan masa tersebut untuk isteri yang dicintai. Ternyata duit bukan segala-galanya, memadai jika anda melakukan perkara-perkara yang sememangnya dapat membahagiakan isteri.

Memasak

via multivarka-receptik.ru

Memasak adalah antara tugas yang rumit bagi sesetengah kaum lelaki kerana mereka ini kurang arif bila beraksi di dapur. Namun apa salahnya jika sesekali anda melakukan sedikit kejutan dengan menyediakan menu istimewa untuk pasangan anda. Tidak perlu pun hidangan yang terlalu hebat, memadai dengan menu biasa tetapi ia adalah hasil air tangan anda sendiri. Pastinya si isteri akan menghargai usaha anda bukan?

Menonton Televisyen

via cantika.com

Wanita memang gemar menonton drama bersiri seperti drama Korea atau Indonesia. Oleh itu, sentiasalah bersama-sama isteri anda menonton sambil anda juga boleh berbincang mengenai hal rumahtangga. Saat manis seperti ini pasti menjadi detik istimewa untuk anda juga meluahkan perasaan cinta antara satu sama lain.

Mencuci Pakaian

via majalahpama.my

Walaupun telah menjadi rutin isteri untuk mencuci pakaian dan juga pinggan mangkuk di rumah. Apa kata hari ini anda pula yeng mengambil alih tugas isteri dan memberikan cuti istimewa buat si isteri. Tentunya ini adalah antara hadiah yang paling bermakna buatnya.

Bersukan

via riauaktual.com

Bersukan juga merupakan salah satu aktiviti tanpa kos yang dapat anda lakukan bersama-sama disamping mengeratkan lagi kasih sayang. Hujung minggu adalah waktu yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama untuk aktiviti bersukan. Selain ianya dapat menyihatkan tubuh badan, anda berdua juga dapat menghirup udara yang segar.

Mudah bukan untuk mengambil hati isteri dengan hanya menghadiahkan masa anda bersamanya. Isteri pasti menghargai setiap saat yang diberikan untuknya.

suamiisteri hadiahcintasissuami menhargaiisteri
https://lomp.at/xvvu8
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara