Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

7 Lokasi Glamping Paling “Wow”, Untuk Pencinta Alam Semulajadi

by Aphit J.
June 24, 2020
via YouTube

via YouTube

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Mencari tempat glamping terbaik di Malaysia adalah mudah dengan adanya banyak tempat percutian semula jadi yang terletak dalam jarak yang dekat dengan Kuala Lumpur.

Sekiranya anda masih buntu mengenai lokasi glamping yang sesuai, di sini kami senaraikan 7 lokasi menarik untuk anda yang sukakan aktiviti berbentuk glamping.

Sailor’s Rest Resort, Pahang

via Jelajah Maya

Sailor Rest yang terletak di Bentong ini menawarkan pelbagai jenis penginapan dan yang paling unik adalah Boathouse dan khemah glamping. Boathouse merupakan sebuah ruangan di atas kapal yang menyediakan kemudahan seperti ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan ruang yang agak luas.

Tetapi sekiranya anda sukakan alam semulajadi, pilihan khemah glamping adalah yang terbaik. Khemah di sini dilengkapi tilam dan bantal yang selesa dan kemudahan yang lain.

Kanopi Villa, Pahang

via Fave

Di Kanopi Villa anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berbasikal di sekitar kawasan glamping atau pergi memancing ikan di kolam peribadi. Khemah yang selesa ini dilengkapi dengan beberapa tilam, kipas angin dan dua kerusi yang selesa yang boleh memuatkan sehingga enam orang.

Time Capsule Retreat, Pahang

via Ticket2u

Time Capsule Retreat terletak di tengah-tengah Bandar Sungai Lembing di Kuantan, Pahang. Apa yang membezakan Time Capsule Retreat dengan yang lain adalah “bilik kapsul” yang berbentuk bulat.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan menerokai Muzium Sungai Lembing atau menikmati pemandangan Air Terjun Pelangi yang sangat menakjubkan.

Caravan Serai, Pahang

via Air Asia Go

Caravan Serai terletak di daerah Bentong yang sangat tenang kerana dikelilingi oleh sungai, kebun buah, pemandangan bukit yang menakjubkan dan hutan yang rimbun.

Khemah di sini semuanya dilengkapi dengan tempat tidur mewah, penghawa dingin dan bilik mandi. Untuk anda yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh mencuba ATV yang disediakan.

Tadom Hill Resorts, Selangor

via Tadom Hill Resort

Tadom Hill Resorts hanya 15 minit dari KLIA dan di sini terdapat 6 jenis tempat penginapan untuk dipilih. Yang pasti setiap penginapan mempunyai keunikan yang tersendiri. Pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan dan kawasan ini sangat sinonim dengan aktiviti rekreasi air.

Gopeng Glamping Park, Perak

via Jelajah Maya

Jika anda yang inginkan suasana yang tenang dan relak bersama rakan, Gopeng Glamping Park adalah pilihan yang tepat. Di sini anda akan menginap di dalam khemah yang luas dan selesa dan boleh mengadakan aktiviti camp fire dan BBQ pada sebelah malamnya.

Glamz di Genting, Pahang

via YouTube

Dikelilingi oleh cuaca yang sejuk dan suasana alam yang tenang, pasti membuat anda lupakan sebentar kesibukkan di bandar. Tidak seperti kebanyakan laman glamping yang lain, setiap bilik dilengkapi dengan tandas peribadi dan jika anda memilih bilik VIP, terdapat jakuzi peribadi di halaman belakang anda.

Jadi apa tunggu lagi, jom terokai Malaysia dengan cara glamping yang pasti buat anda rasa tenang dan rilek.

glamping murahlokasi glampinglokasi percutian di Malaysiatempat glamping di Malaysia
https://lomp.at/4u74e
Share25Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara