Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

7 Selebriti Dipilih Sebagai Duta Kempen Ramadan Astro

by Khai Azfar
April 21, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Kedatangan Ramadan 1441H kali ini dilihat sedikit berbeza apabila negara turut diduga dengan pandemik COVID-19 yang mana sedikit sebanyak mengubah corak perjalanan rutin seharian masing-masing. Sebagai salah sebuah stesen penyiaran utama tanah air, pihak Astro yang peka akan hal ini terus komited memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersama dan menyemarakkan semangat dalam diri bahawa situasi ini akan beransur pulih kelak.

Astro Tampilkan Pelbagai Sajian Hiburan

Justeru, pada tahun ini, Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama diapit dengan mesej yang kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya 2020. Mengangkat tema ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, Astro bakal memberikan sajian hiburan serta aktiviti-aktiviti kempen yang mengutamakan hubungan persaudaraan dengan penggunaan komunikasi maya menerusi kesemua platformnya yang didukung dengan pelbagai intisari rancangan.

Perkenalkan 7 Selebriti 

Menarik tahun ini, Astro menggandingkan tujuh personaliti popular tanah air sebagai duta kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ yang hadir khusus buat pelanggan Astro, demi memberikan sinar harapan bagi hari-hari yang akan datang.

https://www.instagram.com/p/B-9s603ph20/

Duta-duta kempen ini adalah barisan selebriti, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ben Amir, Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E, yang masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri.Di samping itu, Hael turut melancarkan lagu bersempena dengan bulan Ramadan yang berjudul ‘Senyuman Ramadan’

Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton. Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.

Astro
https://lomp.at/fuj9k
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara