• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

8 Fakta mengenai Lil Nas X, Rapper Yang Membuat Kejutan Mengumumkan ‘Kehamilan’

by Jash Lee
September 18, 2021
214
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan rapper nombor 1 Amerika iaitu Lil Nas X. Dia yang membuat kejutan dengan pengumuman ‘kehamilan’ melalui gambar dengan perut besar. Namun jangan terkejut, itu hanyalah cara unik rapper yang berusia 22 tahun ini untuk mengumumkan muzik terbarunya ‘Montero’. Lil Nas X memberitahu bahawa dia akan melancarkan projek terbarunya pada 17 September 2021. Di dalam potret tersebut, Nas X mengenakan jubah satin berwarna putih dengan bunga mahkota dan perut yang seakan mengandung. Dia memberitahu bahawa idea untuk foto ‘kehamilan’ ini tercetur setelah mendengar lirik lagu Dolla Sign Slime milik Megan Thee Stallion.

via Ig

Nama Lil Nas X menjadi viral setelah lagu rap negara pertamanya ‘Old Town Road’ disiarkan secara dalam talian. Kehidupannya sebagai penyanyi terus berubah dalam masa kurang dari setahun. Lil Nas X terkenal sebagai rapper sensasi yang telah melanggar peraturan dengan mencampurkan muzik country di dalam lagu tersebut.

Berikut kami senaraikan 8 fakta mengenai Lil Nas X yang dapat diringkaskan dari pelbagai sumber. jom kita tengok!

1. Nama Sebenar Lil Nas X

via Ig

Nama sebenar Lil Nas X adalah Montero Lamar Hill yang dilahirkan pada 9 April 1999 di bandar kecil Lithia Springs, Georgia, di luar Atlanta. Nama Lil Nas X digunakan untuk lagu ‘Industry Baby’ adalah sebagai tanda penghormatan kepada Nas yang dianggap sebagai salah satu rapper terhebat dan paling berpengaruh sepanjang masa.

2. ‘Broken Home’

via Ig

Lil Nas X berasal dari keluarga yang berpecah belah (broken home). Ketika berusia 6 tahun lagi, penyanyi ‘Industry Baby’ ini harus berhadapan dengan penceraian kedua ibu bapanya. Nas X kemudiannya berpindah ke Projek Perumahan Bankhead Court pada tahun 2005. Dalam masa yang sukar ini, dia tinggal bersama ibu dan neneknya sebelum menetap dengan ayahnya tiga tahun kemudian dia Austelll, Georgia.

3. Lil Nas X Mempunyai 7 Orang Adik-Beradik

via Pinterest

Lil Nas X mempunyai keluarga besar dan dia mempunyai tujuh orang adik beradik iaitu lima saudara perempuan dan dua saudara lelaki. Keluarga sangat bermakna bagi dirinya. Rapper ini mengakui bahawa dia banyak menghabiskan gaji pertamanya untuk membawa keluarganya bersiar-siar dan bermain bowling bersama. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga yang sangat dia sayangi.

4. Admin Akaun Peminat Nicki Minaj

via Ig

Sebagai seorang remaja, dia banyak menghabiskan masa di twitter yang mula diaktifkannya pada tahun 2015. Dia akhirnya berjaya mengumpul pengikut yang ramai di Twitter. Pada masa itu juga, Lil Nas X menjadi admin untuk akaun peminat Nicki Minaj yang bernama NasMaraj. Rapper itu kini mempunyai lebih daripada lima juta pengikut di Twitter.

5. Secara Terang Terangan Mengaku Gay

via Ig

Pada Jun 2019, Lil Nas X secara terbuka mengakui bahawa dirinya adalah seorang gay.  Dia juga buat pertama kalinya telah mendedahkan orientasi seksualnya kepada ibu bapanya. Nas X juga kemudiannya mengumumkan perkara tersebut di Twitternya. Namun, pengakuan secara terbuka sebagai gay diterima baik oleh peminat dan media.

6. Old Town Road Telah Menaikkan Namanya

via Ig

Nama rapper ini terus melonjak naik berkat single rap negaranya ‘Old Town Road’. Lagu ini mula menjadi viral di Tik Tok pada awal tahun 2019 dan mendapat pengiktirafan ‘Diamond’ pada bulan November tahun yang sama. ‘Old Town Road’ berjaya memasuki carta nombor 1 US Billboard Hot 100 dan kekal di sana selama sembilan belas minggu yang paling lama untuk mana-mana lagu sejak mula dari tahun 1958.

7. Memenangi Dua Grammy Award

via Ig

Old Town Road berjaya merangkul dua Grammy Award untuk Video Muzik Terbaik dan Persembahan Pop Duo / Kumpulan Terbaik, bersama dengan enam pencalonan lain pada tahun 2019.

8. Membuat Persembahan Dengan BTS

via pinterest

Lil Nas X pernah tampil dengan BTS di Anugerah Grammy 2020 yang mempersembahkan lagu Old Town Road. Penampilan mereka pendek tetapi meninggalkan kenangan yang sangat manis dengan persembahan yang lebih santai dari band terkenal Korea Selatan itu.

Lil Nas X sempat ditanya ahli BTS yang manakah yang paling disukainya semasa siaran langsung. Walaupun ianya agak sukar untuk dijawab, dia akhirnya memilih RM. Kedua-duanya berkolaborasi untuk remix Old Town Road.

Jadi, itulah adalah senarai 8 fakta mengenai Lil Nas X yang berjaya mengejutkan industri muzik. Siapakah yang mengidolakan Lil Nas X?

lilnasxumukehamilan
https://lomp.at/17kgt
Share86Tweet54SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore