• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

8 Tip Senaman Yang Sesuai Untuk Warga 40-an

by Jash Lee
September 12, 2020
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak semua jenis senaman boleh dilakukan tanpa mengambil kira keadaan fizikal dan keupayaan diri sendiri. Apatah lagi apabila usia sudah mencecah 40-an. Didalam usia yang sebegini, ukuran pembuluh darah sudah mulai mengecil akibat daripada proses semulajadi degeneratif. Tabiat pemakanan yang tidak sihat juga dapat mengecilkan sel pembuluh darah di dalam tubuh.

Namun, itu bukanlah alasan yang boleh menjadi punca untuk anda tidak bersenam. Anda tetap perlu meneruskan aktiviti berolahraga walaupun usia anda sudahpun mencapai ‘usia emas’. Disini, kami di Murai.My akan menyenaraikan beberapa tip untuk anda yang berusia 40-an dalam rutin senaman seharian. Jom kita tengok!

Tanamkan Semangat

via Abang Brian

Perkara pertama yang perlu anda ambil kira adalah bentuk pola pemikiran anda. Tanamkan semangat dan motivasi untuk bersenam. Berikan komitmen pada diri anda sendiri untuk bersenam bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan lebih bertenaga.

Panaskan Badan Sebelum Bersenam

via Physiotherapy Clinics

Jangan mengambil mudah kepentingan latihan pemanasan badan. Pemanasan badan atau ‘warm up’ sebelum bersenam adalah amat penting untuk menghindari dari pelbagai kemungkinan kecederaan otot ketika melakukan pergerakan semasa berolahraga.

Pilih Senaman Ringan

via Maskulin

Mulakan bersenam dengan senaman yang lebih ringan. Ini adalah untuk membiasakan otot-otot dan sendi anda dalam pergerakan secara bertahap.

Tambah Intensiti

Bagi yang berkemampuan, tambahkan intensiti latihan senaman kepada yang lebih berat sedikit. Perlu juga diingat, pilihan latihan olahraga perlu sesuai dengan kadar kemampuan tubuh badan. Elakkan pergerakan yang keterlaluan kerana di usia sebegini, otot tubuh tidak mampu menampung pergerakan yang melampau. Jangan terlalu taksub menginginkan tubuh yang sihat tetapi akhirnya diri sendiri yang merana.

Latihan Kardio Untuk Menggerakkan Keseluruhan Otot

via Therapouf

Memilih satu latihan kardio yang dapat menggerakkan keseluruhan otot tubuh adalah lebih baik daripada melakukan banyak latihan kardio untuk pergerakan otot yang berlainan. Lakukan beberapa kali dalam seminggu. Banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada latihan ini. Antaranya adalah latihan kardio dapat menguatkan fungsi jantung dan paru-paru seperti berjalan di atas treadmill, tambahkan kelajuannya secara bertahap dan mengikut kemampuan diri. Nikmatinya secara santai dan jangan terlalu memaksa diri.

Tidak Perlu Bersenam Setiap Hari

Di usia sebegini, tubuh badan memerlukan lebih banyak masa untuk beristirehat. Jadi, amalkan senaman sekurang-kurang hanya 2 atau 3 kali dalam seminggu. Pastikan anda juga mendapat tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam dalam sehari.

Minum Banyak Air

via Astro Gempak

Anda juga perlu mengimbangkan rutin minum seharian anda. Amalkan minum air putih sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan cairan dalam tubuh badan.

Pengambilan Vitamin

via SisHawa

Tidak dilupakan ialah pengambilan vitamin di dalam rutin seharian anda. Selain vitamin, amalkan juga pengambilan suplemen lain bagi memenuhi keperluan zat dan nutrisi yang tidak dapat dipenuhi hanya melalui pemakanan. Ini sangat penting kerana di usia 40 tahun, tubuh kurang menghasilkan hormon testosteron. Jadi, kita perlulah menjaganya dengan pengambilan vitamin dan suplemen yang sesuai untuk tubuh badan anda.

Antara faktor yang paling penting pada usia 40-an selain senaman ringan adalah keperluan pemakanan seharian. Penuhilah  keperluan makan anda dengan sempurna kerana sekiranya ia tidak dijaga, tubuh badan tidak akan dapat menghasilkan otot yang lebih kuat dan tidak bertenaga. Badan akan mudah mendapat penyakit dan tidak sihat.

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat menjaga kesihatan tubuh badan dan pola pemakanan dengan baik walaupun usia anda sudah mencecah 40-an.

panduansenaman warga40an pemakanan senamanringan
https://lomp.at/05q9s
Share14Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore