Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

8 Transformasi Wonho Yang Menjadikan Dirinya Lebih Yakin Dalam Kerjaya Nyanyian

by Jash Lee
March 12, 2022
Share on Facebook

Selebriti yang berasal dari Korea Selatan, Lee Ho Sock atau lebih dikenali dengan nama Wonho, baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada 1 Mac 2022 baru-baru ini.

Wonho yang kini merupakan seorang penyanyi solo sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan K-Pop Monsta X. Figura ini memulakan kerjayanya dengan Monsta X pada tahun 2015 di bawah naungan syarikat rakaman Starship Entertainment.

Idola kelahiran 1993 itu kini mula menceburi kerjaya sebagai penyanyi solo selepas dia meninggalkan Monsta X pada tahun 2019. Pada April 2020, Wonho telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo. Kemudian mengeluarkan album sulungnya yang berjudul Love Synonim Pt.1: Right For Me.

Untuk kali ini, kami akan berkongsi dengan pembaca transformasi terkini Wonho yang semakin mencuri perhatian hati peminatnya.  Mesti ramai yang tidak sabar bukan? Jom kita cuci mata!

1. Kerjaya Awalnya

via Ig

Sebelum penubuhan Monsta X, Wonho telah pun memulakan kerjayanya dalam kumpulan Nu Boyz bersama dengan Shownu, Jooheon dan Gun. Pada tahun 2014, kumpulan itu telah mengeluarkan beberapa lagu yang telah dimuat naik ke saluran youtube Starship.

2. Sertai Program No Mercy

via Ig

Pada Disember 2014, Starship Entertainment dan Mnet mengadakan program pertandingan untuk mencari ahli kumpulan untuk Monsta X. Dia bersama dua lagi sahabatnya, Jooheon dan Shownu telah layak dan dipilih sebagai ahli yang berpotensi untuk menyertai Monsta X.

3. Kerjayanya Bersama Monsta X

via Ig

Pada tahun 2015, Wonho akhirnya memulakan kariernya sebagai ahli dalam satu kumpulan Hip Hop, Monsta X. Kerjayanya bersama Monsta X sangat cemerlang malah mereka mempunyai ramai peminat bukan sahaja di Korea malahan di luar negara lain. Semasa bersama Monsta X juga, Wonho telah mengadakan banyak konsert dan telah mengeluarkan beberapa album.

4. Tersebar Khabar Angin Tentang Penyalahgunaan Dadah

via Ig

Pada tahun 2019, timbul pula khabar angin yang mengatakan Wonho terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kes itu telah tersebar di media sosial dan perkara itu juga telah memaksanya membuat keputusan untuk berehat dari sebarang aktiviti yang berkaitan Monsta X.

5. Keluar dari Monsta X

via ig

Disebabkan oleh khabar angin yang telah menimpa dirinya, Wonho turut mengambil keputusan untuk terus meninggalkan Monsta X pada Oktober 2019. Selepas menjalani beberapa siasatan berhubung kes tersebut, Wonho telah diputuskan dan bebas daripada tuduhan khabar angin tersebut.

6. Kerjaya Sebagai Penyanyi Solo

via Ig

Selepas Wonho didapati tidak bersalah, dia telah mendatangani kontrak dengan Highline Entertainment. Pada 9 Ogos 2020, Wonho telah mengeluarkan album sulung pertamanya sebagai penyanyi solo.

7. Konsert Solo Pertamanya

via Pinterest

Wonho telah mengadakan konsert sulung sebagai penyanyi solo pada 27 September 2020. Disebabkan oleh larangan untuk mengadakan sebarang konsert akibat Covid-19, konsert itu akhirnya telah berlangsung secara dalam talian namun tetap mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

8. Kemunculan Semula Pada Tahun 2022

via Pinterest

Pada pertengahan Februari 2022, Wonho telah kembali dengan album Obsession dengan lagu hit Eye On You.

Itulah antara tranformasi kerjaya Wonho dari awal pembabitannya sehingga kini dalam kerjayanya sebagai penyanyi. Adakah pembaca murai.my juga merupakan peminat figura ini?

penyanyisolowonho
https://lomp.at/0djml
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara