Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Sedang Hamil Anak Pertama, Ini 9 Fakta Menarik Tentang Jennifer Lawrence

by Jash Lee
October 9, 2021
Share on Facebook

Nama aktres yang berbakat besar Hollywood, Jennifer Lawrence memang sudah tidak asing lagi dan mula dikenali menerusi filem ‘Hunger Game’. Namun tidak ramai yang tahu beberapa fakta menarik tentang selebriti yang satu ini dengan nama gelarannya J-Law. Di sini kami senaraikan antara 8 fakta tentang J-Law yang ingin dikongsikan bersama pembaca. Jom kita tengok!

via Ig
via Cosmopolitan Indonesia

Seorang Tomboy?

Semasa zaman remajanya, Jennifer Lawrence adalah seorang tomboy. Selalunya, gadis-gadis yang sebayanya tidak akan membenarkan Jennnifer bermain bersama kerana mereka merasakan dia terlalu kasar dan hanya sesuai bermain permainan lelaki. Dia juga meminati aktiviti sukan dan dari kecil lagi dia sudah mula bermain bola sepak dan sofbol. Apabila dewasa, dia gemar bermain bola keranjang. Dalam masa yang sama, dia juga meminati banyak jenis sukan yang lain seperti hoki dan sebagainya.

via HD wallpaper

Memiliki Kuda Peliharaan

Semasa kecil, J-Law mempunyai kuda peliharaan keluarganya. Dia sangat sayang dan kerap menunggang kudanya sehingga sekarang. Rakan-rakannya menggelarkan dirinya ‘Nitro’. Panggilan ini bagi menggambarkan Jennifer seorang yang menarik dan sangat bertenaga.

via Celebrity Family

Ibubapa Pentingkan Pendidikan

Ibu bapa Jennifer dikatakan agak kolot jika bercakap soal pendidikan. Ini kerana mereka hanya membenarkan J-Law menceburi bidang lakonan setelah tamat pendidikan di sekolahnya. J-Law juga pernah dipilih sebagai pelajar yang paling banyak bercakap di sekolahnya.

Pantas Menjiwai Watak

Tahukah anda, Jennifer Lawrence hanya mengambil masa tiga hari untuk menjiwai watak sebagai Katniss dalam ‘Hunger Game’? Hebat bukan?

Tidak Pernah Mengikuti Kelas Lakonan

Jennifer Lawrence tidak pernah mengikuti kelas lakonan secara profesional tetapi kerana bakatnya, dia sering terpilih untuk membawakan pelbagai watak. Tahukah anda bahawa Jennifer juga pernah ditawarkan untuk memegang watak utama sebagai Bella Swan dalam siri ‘Twilight’? Dia adalah orang pertama yang membawakan watak tersebut. Namun, semuanya tidak berjalan dengan  baik dan akhirnya watak tersebut telah digantikan dan ditawarkan kepada Kristen.

Membintangi Video Klip

Pada tahun 2009, Jennifer pernah membintangi video klip ‘The Mess I Made’ dan video muzik ini cukup popular di kalangan remaja.

YouTube video

Pernah Menang Piala Oscar

Tahukah anda bahawa Jennifer Lawrence pernah memenangi piala Oscar untuk lakonannya dalam filem ‘Silver Lining Playbook?’ Di dalam filem ini, dia melakonkan watak sebagai wanita yang agak tertekan. Ramai peminat memberi reaksi yang sangat positif kerana berjaya membawakan watak yang sangat mencabar.

via Reddict

Top 99 wanita paling banyak dicari di dunia

Jennifer juga pernah memenangi gelaran ‘The Most Desirable Women In The World’. Dia berada di dalam Top 99 wanita paling banyak dicari di dunia pada tahun 2013 kerana kecantikannya dan bakat lakonannya yang luar biasa.

Rajin dan berdedikasi

Jennifer adalah seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Malah sebilangan media menggelarnya sebagai ‘The Most Down To Earth Celeb In Hollywood’. Ini kerana Jennifer sangat disukai oleh peminatnya dan sikapnya yang suka merendah diri.

via Pinterest

Sebagai pelakon muda yang terkenal, Jennifer Lawrence layak mendapat penghargaan atas kerja kerasnya, sifatnya, sikapnya yang boleh dicontohi. Adakah anda juga meminati Jennifer Lawrence?

Kini, Jennifer Lawrence sedang menantikan kelahiran anak pertama bersama suaminya, Cooke Maroney.

jenniferlawrence
https://lomp.at/utyxo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @yusuf_bahrin (IG)
Lokal

‘Ugut’ Saman Pengguna Threads, Tapi Komen Bekas ‘PA’ Yusuf Bahrin Pula Buat Ramai Terkejut

by Nurul A.
April 3, 2026

Nama aktor Yusuf Bahrin terus menjadi perbualan ramai sejak isu perceraiannya dengan penyanyi Zizi Kirana. Dan kali ini pula melibatkan...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara