• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

9 Watak Dalam Winnie The Pooh Sebenarnya Melambangkan Penyakit Mental

by Khai Azfar
January 3, 2019
Share on Facebook

Sudah berpuluh tahun animasi Winnie The Pooh menghiasi zaman kanak-kanak kebanyakan daripada kita. Malah setiap watak di dalam animasi itu menjadi kegemaran kanak-kanak!

9 Watak Animasi Winnie The Pooh Melambangkan Penyakit Mental

Disebalik kecomelan mereka sebenarnya terdapat misteri disebalik watak-watak tersebut. Tahukah anda sebenarnya setiap dari watak-watak dalam animasi ini melambangkan pelbagai jenis penyakit mental? Berikut kami tampilkan pendedahan watak-watak Winnie The Pooh.

Winnie The Pooh

Selaku watak utama. Winnie sebenarnya mempunyai Impulsive eating disorder. Dalam setiap jalan ceritanya, Winnie sememangnya obses dengan madu dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan madu kesayangannya. Madu bukan sebarang madu ya!

Piglet

Sahabat karib Winnie mempunyai anxiety disorder dimana dia akan sering ketakutan dan risau apabila melakukan sesuatu. Perasan atau tidak, watak ini akan menyebut ‘oh dear’ setiap kali risau mahupun fikirkan sesuatu yang rumit.

Eeyore

Jelas kelihatan Eeyore merupakan seekor keldai yang mempunyai tekanan. Dianggap mengalami depression disorder, Eeyore digambarkan sebagai seekor keldai yang kesedihan, murung dan sering kali menyendiri.

Rabbit

Garang-garang si Rabbit sebenarnya dia mempunyai obsessive compulsive disorder (OCD). Obses dengan kebunnya, Rabbit menghabiskan kebanyakan masa di sana dan sama seperti mereka yang mempunyai OCD, bersepah merupakan pantang larang mereka!

Tiger

Anda seorang yang aktif? Jika Ya, mungkin anda perlu perhatikan sikap anda jika sama seperti Tiger. Aktif dan sering kali melompat menggunakan ekornya, Tiger sebenarnya dikhabarkan menghidapi attention deficit hyperactive disorder (ADHD). Disebabkan itu, jika anda perhatikan watak ini tidak akan duduk diam di satu tempat.

Owl

Sebijak-bijak Owl, sebenarnya seekor burung hantu ini mempunyai narcissistic personality disorder, yang kadang kalanya bertindak di luar jangkaan mahupun pentingkan diri sendiri tanpa bergaul dengan orang lain.

Kanga

Si ibu kangaroo ini sebenarnya mempunyai social anxiety disorder dimana dia terlalu berasa takut untuk berinteraksi dengan orang lain. Disebabkan terlalu lindungkan anaknya, Kanga akan berasa risau dengan apa yang dilakukannya akan menjadi perhatian dan bualan orang lain.

Roo

Jika anda melihat anak Kanga ini sebagai normal, jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana Roo sebenarnya menghidapi Autism dan hanya akan menghabiskan masa di kantung ibunya kerana bagi Roo disitu adalah ‘syurga’ permainannya. Mungkin kerana itu Kanga terlalu risaukan anaknya.

Christopher Robbin

Buat anda yang mengikuti animasi ini, pasti akan mengenali Christopher Robbin yang merupakan satu-satunya watak manusia di dalam Winnie The Pooh. Sediakan tisu! Untuk pengetahuan anda, Christopher sebenarnya menghidapi Schizophrenia.

Bagaimana pula dengan Winnie dan watak-watak lain? Itu hanyalah watak khayalan dan fantasi kanak-kanak ini dimana mereka merupakan anak patung haiwan yang dimiliki oleh Christopher.

Christopher RobbinWinnie the Pooh
https://lomp.at/ce6b2
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
Filem

20 Tahun Berlalu! Beginilah Wajah Terkini 8 Pelakon Senario The Movie

by Phic ARMAN
February 13, 2019

Pada tahun 1999, filem komedi Senario The Movie ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia. Tidak dinafikan, pasti ramai masih ingat dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore