Baru-baru ini, sebuah posting di komuniti atas talian yang popular mendapat perhatian kerana mendakwa beliau telah dibuli oleh Hyuna sewaktu di sekolah.
Mangsa Dakwa Dibuli Oleh Hyuna Di Sekolah
Mangsa mendedahkan dalam komuniti atas talian bahawa beliau dan dan dua mangsa lain ditampar oleh Hyuna, dan tertanya-tanya adakah Hyuna berpura-pura tidak mengingati apa yang berlaku.
“Saya masih mengingatinya. Ia berlaku semasa festival di gred lima. Anda memanggil saya dan rakan-rakan saya ke tempat yang kami gelar ‘jalan belakang’ dan memberitahu kami bahawa anda tidak pernah menganggap kami sebagai kawan dan anda akan datang mencari kami jika kami tidak keluar.”- Mangsa A
“Sebaik sahaja kami datang, anda menampar wajah kami bertiga. Saya ingat anda menanggalkan kaca mata mereka dan membuangnya, mengatakan bahawa tidak selesa untuk anda menamparnya.”- Mangsa A
“Sebab mengapa saya tidak pernah mendedahkan perkara ini adalah kerana tidak ada bukti dan saya fikir tidak ada yang akan mempercayai saya.”- Mangsa A
Hyuna Menafikan Tuduhan Melalui Laman Instagram Peribadinya
Tidak lama setelah tuduhan itu dilakukan, Hyuna menggunakan laman Instagram peribadinya untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan padanya.
“Sudah lebih dari satu dekad, sebenarnya 14 tahun sejak debut saya. Setiap kali saya mendapat perhatian negatif, saya kadangkala berasa marah kerana saya juga manusia. Saya juga membiarkannya kerana saya memilih untuk mengejar impian saya. Atau saya cuba memahami kerana ia juga berbentuk perhatian. Kerana mungkin mereka tidak menyukai saya. Tetapi saya tidak mahu membiarkan peminat , yang sudah menyokong saya di atas pentas dan di skrin, terluka tanpa sebab. Sekarang saya sudah berumur tiga puluh tahun. Saya akan terbuka untuk pertama kalinya.”- Hyuna
Hyuna turut menambah bahawa beliau tidak pernah menampar atau memukul seseorang dan mengharapkan banyak perkara gembira hadir kepada orang yang menulis posting itu.
“Saya tidak pernah menampar atau memukul seseorang. Saya harap banyak perkara gembira hadir pada orang yang menulis posting itu.”- Hyuna
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.