Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 dilancarkan di acara Galaxy Unpacked anjuran gergasi teknologi itu baru-baru ini pada Rabu (11 Ogos). Terbaru, Samsung telah mengumumkan harga kedua-duanya boleh didapati secara pra-temahan di Malaysia masing-masing dengan harga bermula daripada RM6,699 dan RM3,999.
Turut dilancarkan semasa acara yang disiarkan secara langsung itu ialah siri Galaxy Watch 4 baru dengan harga bermula RM899. Manakala dan ‘earbud’ tanpa wayar Galaxy Buds 2 pada harga RM499.
Namun yang pasti, telefon-telefon terbarunya yang mencuri tumpuan – lengkap dengan pelbagai ciri baru yang melambangkan usaha berterusan Samsung dalam pasaran telefon lipat.
Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G, Galaxy Watch4 Versi Bluetooth Classic dan Galaxy Watch4 akan disediakan untuk pra-pesanan mulai 19 Ogos hingga 21 September 2021.
Pengguna yang membuat pra-pesanan awal Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G bakal menerima perlindungan Samsung Care + selama setahun secara percuma sehingga anda dilindungi daripada kerosakan yang tidak disengajakan, termasuk penggantian skrin, kerosakan air dan penggantian penutup belakang.
Selain itu, pra-pesanan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G ini juga melayakkan anda menerima e-baucar Kedai Dalam Talian Samsung Malaysia
bernilai sehingga RM850!
Bukan itu sahaja, semasa anda membuat pra-pesanan Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 Versi Bluetooth 4, anda boleh menerima e-baucar bernilai sehingga RM250 untuk dibelanjakan untuk Samsung Malaysia
Kedai atas talian!
Pra-tempah akan tersedia di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Kedai Dalam Talian Samsung Malaysia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.