• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Shuib Gembira Impian Allahyarmah Siti Sarah Bantu Keluarga Rumah Terbakar Tercapai

Shuib dedah hasrat arwah isterinya bina kediaman baru untuk keluarga rumah terbakar berjaya direalisasikan

by Puteri Alia
March 31, 2022
Foto - Instagram @shuibsepahtu

Foto - Instagram @shuibsepahtu

Share on Facebook

Satu perkongsian di Instagram milik pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mencuri tumpuan dan perhatian ramai di media sosialnya.

Gembira Dapat Realisasikan Hasrat Arwah Isteri

Menerusi perkongsian video imbas kembali (throwback) yang dimuatnaik di Instagram Shuib, pelawak dan usahawan Bubblebee ini berkongsi rasa gembira kerana akhirnya dapat tunaikan hasrat arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah tercapai jua.

Dalam penulisan ringkas Shuib, berkat usaha bersama pasukan Bubblebee Malaysia akhirnya berjaya menyiapkan dua buah rumah yang musnah akibat kebakaran pada 13 Februari tahun lalu berjaya disiapkan hari ini.

Dedah usahawan ini lagi, sebenarnya arwah isterinya yang paling bersemangat ingin membantu dua keluarga yang hilang tempat tinggal selepas insiden tersebut berlaku.

“13 Februari 2021 #Throwback

Ibu lah yang paling semangat nak sangat bantu 2 keluarga ni untuk ada rumah baru. Allahamdulillah harini Daddy dan pasukan @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci.

Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untuk melihat dua rumah ni dibangunkan.

“Ibu… Alhamdulillah, dah siap rumah nya sayang @sitisarahraissuddin” tulisnya

Foto – Instagram @shuibsepahtu

Netizen Banjiri Ruang Komen

Melihat perkongsian tersebut di Instagram Shuib, rata-rata ramai memberi komen meluahkan rasa terharu dan turut tumpang gembira atas kebaikan yang dilakukan arwah Siti Sarah dan menitipkan agar pahala berterusan mengalir untuk beliau.

“Sentiasa mengalir pahala arwah..”

“Alhamdulillah.. Subhanallah.. Banyaknya saham akhirat yang Almarhumah telah persiapkan. Al-fatihah”

“Alhamdulillah. Pahala sentiasa berjalan buat arwah Siti Sarah”

“Wanita berhati mulia.. Syurga tempat mu”

“Beruntung sentiasa ada pahala yang mengalir untuk arwah. Alhamdulillah.” komen mereka

Foto – Instagram @shuibsepahtu

Sekadar info, kebakaran yang berlaku pada 13 Februari 2021 lalu membabitkan dua rumah berhadapan Masjid Alor Bakat di Mahligai, Bachok, Kelantan.

Insiden yang menimpa dua keluarga tersebut mendapat perhatian Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah tahun lalu, dan hari ini usahawan Bubblebee mendedahkan akan menyerah kunci rumah baru kepada dua keluarga berkenaan.

bubblebeeBubblebee MalaysiaShuib SepahtuSiti Sarah Raissuddin
https://lomp.at/neea9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Umie Aida Titip Ucapan Istimewa Sempena Perkahwinan Erra Fazira & Ezwan-“Berkat Hari Jumaat..”

by Naddy Joe
December 12, 2025

Umum mengetahui, Primadona terkenal, Erra Fazira telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain dengan sekali lafaz,...

Read more
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

Gurauan Sesama Rakan, Meerqeen Nafi Ke Hollywood- “Mana Ada Saya Cakap Nak Pergi…”

Dikhabarkan bakal membintangi sebuah projek di Hollywood, pelakon Meerqeen tampil menafikan dakwaan tersebut. Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen...

Read more
by Nurul A.
November 21, 2025
Lokal

“Sejak Bila Makan Lembu Boleh Jadi Mabuk”- Amin Idris

Penceramah bebas popular, Amin Idris, nampaknya tak dapat tahan sabar bila terbaca satu cadangan agak pelik dari Parti Hari Rakyat...

Read more
by Phic ARMAN
October 10, 2025
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Lokal

Riezman Khizaimi Menangis Ziarah Pusara Zara Qairina, Pesan Jangan Politikkan Isu Keadilan

Berkunjung ke Sabah untuk mempromosikan filem terbaharu berjudul Tembuni Berdarah, pelakon Riezman Khizaimi tidak melepaskan peluang menziarahi pusara Allahyarham Zara...

Read more
by Puteri Alia
September 12, 2025
Lokal

Ameera Khan Kongsi Foto Berhijab Dengan Jefri Nichol, Cetus Spekulasi Netizen?-“Pergi Kursus Kahwin Eh..”

Perkongsian adik kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sekeping foto bersama kekasihnya...

Read more
by Naddy Joe
September 22, 2025
Lokal

Angel & Tabby Akhirnya Kongsi Foto Perkahwinan Sabronzo, Curi Perhatian Netizen-“Lama Korang Simpan Rahsia…”

Ahli kumpulan DOLLA, Angel dan Tabby mencuri perhatian netizen selepas akhirnya berkongsi momen perkahwinan Sabronzo bersama suaminya, Dash Berlin. Sebelum...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Didie Alias Terkejut Dengan Pertanyaan Netizen ‘Bila Mahu Bercerai’-“Mulut Kau Macam Cil*ka”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Didie Alias yang terkejut dengan pertanyaan individu yang bertanyakan 'bilakah beliau mahu bercerai'...

Read more
by Noah Ab
October 21, 2025
Lokal

Anzalna Pelik Netizen Masih Berdebat Isu Follow & Unfollow Di Media Sosial- “Hidup Kita Bukan Kat IG..”

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pelakon terkenal, Fasha Sandha yang didakwa tidak mengikuti (unfollow) akaun Instagram rakan selebriti,...

Read more
by Naddy Joe
October 22, 2025
Foto - @amitabhbachchan (IG)
Bollywood

Amitabh Bachchan Pernah Rasa Terancam Dengan Populariti Govinda?

Amitabh Bachchan, yang turut dikenali dengan gelaran Big B, pernah menghadapi kemunduran kerjayanya pada pertengahan tahun 1990-an apabila dia berhenti...

Read more
by Nurul A.
November 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  5. 5

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore