• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Mitos Haid Yang Biasa Kamu Dengar. Nombor #1 Paling Mengejutkan

by Lisa Ghani
January 30, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Lumrah setiap kali datang haid, ada saja pantang-larang yang kita dengar. Contohnya, setiap kali haid wajib kena cuci tuala wanita, dikhuatiri ada ‘benda’ mengundang. Lagi satu pula tuala wanita yang dicuci boleh buat kulit wajah kita cantik. Serius, macam-macam kita dengar, walhal ada perkara yang macam tak masuk dek akal.

Hah ini… Miss Murai nak kongsi beberapa mitos tentang haid yang biasa kedengaran, menurut Dr. Azizah binti Rusly, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Aurelius Nilai.

Foto – Hospital Aurelius Nilai

#1 “Wajib membasuh tuala wanita kerana darah najis dan akan ‘menjemput’ kedatangan jin.”

Darah haid tiada beza dengan darah lain dalam badan kita. Ia terdiri daripada darah, membran rahim, lapisan mukus dan bakteria. Sungguhpun ia kadangkala kelihatan bergumpal atau lebih gelap, kejadian sedemikian adalah normal.

Tuala pakai buang hendaklah dibungkus rapi dan dibuang selepas digunakan. Namun, sekiranya kamu menggunakan tuala boleh guna semula atau cawan haid, rendamkannya dengan air sejuk dan basuh dengan detergen biasa, soda penaik atau cuka

#2 “Tampon akan merosakkan selaput dara.”

Meskipun tampon boleh menyebabkan sedikit regangan atau koyakan pada selaput dara, namun ini juga boleh berlaku apabila kamu melakukan aktiviti lasak.

Foto – theSkimm

Pada mulanya, sebilangan wanita mungkin akan mengalami ketidakselesaan ketika memasukkan tampon. Namun, keadaan ini adalah sementara dan akan bertambah baik!

#3 “Elak makanan atau minuman sejuk kerana ia memburukkan lagi pendarahan.”

Hakikatnya, tiada kajian membukti atau menyangkal kaitan antara minuman/makanan sejuk dengan senggugut.

Sungguhpun demikian, sesetengah wanita lebih sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk, yang mungkin akan mencetuskan atau memburukkan lagi senggugut. Jadi, kamu harus peka dengan badan sendiri.

#4 “Ada kata, meletakkan tuala yang telah dibasuh pada muka dapat memberikan kulit yang cantik.”

Tidak benar sama sekali, kerana sisa atau produk haid harus dibuang dengan cara yang betul. Dan cara memperoleh kulit bersih bergantung pada senis kulit seseorang. Amalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk menjadi versi terbaik kamu.

Foto – Women’s Health

Ad yang sangat mengarutkan. Ingat, tak semua mitos kamu perlu percaya bulat-bulat. Kalau rasa musykil, cuba tanya pada yang lebih berilmu.

Selamat beramal!

dr.azizah ruslymitos haid
https://lomp.at/rpp6g
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Kami di MURAI baru-baru ini berpeluang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 anjuran Mesra Mall, dan acara paling mencuri tumpuan...

Read more
Kesihatan

Bagaimana Makanan Sihat Boleh Buat Murid Sekolah Jadi Lebih Kreatif? Ini Jawapannya…

Kanak-kanak bukan saja perlukan makanan sihat untuk kuat badan, tapi juga untuk otak dan imaginasi mereka. Makan Bijak Bersama Ayam...

Read more
by Phic ARMAN
December 1, 2025
Kesihatan

Nak Lari Dengan Selesa & Sarung Tanpa Bongkok? Skechers Ada Jawapannya…

Baru‑baru ini MURAI sempat cuba pasang kasut Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run, dan boleh kata, jika anda seorang pelari yang nak gabungan...

Read more
by Phic ARMAN
November 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore