• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bapa Siti Sarah Ada Titip Pesan Buat Watie, Raisuddin Mahukan Shuib Lebihkan Isteri Dan Keluarga Baharunya

by Puteri Alia
June 27, 2023
Share on Facebook

Bekas bapa mentua kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Raissuddin Hamzah yakin Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, atau Watie mampu menjaga empat cucunya dengan baik.

Raissuddin yang ditemui selepas majlis akad nikah Shuib dan Watie, Jumaat lalu berkata melihat kepada keakraban Watie dengan cucu-cucunya, dia yakin usahawan itu mampu menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik.

“Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

“Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik,” kata Raissuddin.

Raissuddin yang juga bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengakui gembira dengan perkahwinan menantunya.

Katanya, walaupun anaknya sudah meninggal dunia, tetapi Shuib tidak pernah meminggirkannya, malah sering mengutamakannya dalam segala hal sehingga hari ini.

Raissuddin menambah, dia juga tidak kisah seandainya menantunya itu lebih mengutamakan Watie berbanding dirinya kerana memang itulah seharusnya dilakukan sebagai suami.

“Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.

“Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

“Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi,” katanya.

Ditanya apa nasihat yang dititipkan, katanya, tiada sebarang pesanan diberikan kepada menantunya itu kerana dia yakin Shuib seorang yang sangat bertanggungjawab.

“Tiada apa yang ingin saya nasihatkan, Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara,” katanya.

Shuib bergelar suami kepada Watie pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.

Watie Hanifiah Akui Bukan Ibu Tiri Sempurna, Tapi Kasih Sayang Buat Anak-Anak Shuib Terima Seperti Ibu Kandung

Sebelum ini, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

raisuddin hamzahshuibsiti sarahwatie hanifiah
https://lomp.at/x560l
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Cik B Baru Tahu Maksud Namanya Sendiri, Netizen Terhibur

by Farah Fatihah
December 4, 2025

Nama “Cik B” atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memang sudah sinonim dengan anak kepada usahawan sensasi, Dato...

Read more
Foto - @britneyspears (IG)
Hollywood

Bekas Suami Dedah Anak Takut Bertemu Britney Spears Kerana Ini…

Kesihatan mental bintang pop, Britney Spears yang berubah-ubah telah menjejaskan hubungannya dengan kedua-dua anak lelakinya. Bekas suami Britney, Kevin Federline...

Read more
by Nurul A.
October 27, 2025
Foto - @hafreezadam (IG) / @missfazura (IG)
Lokal

Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

Tak ada angin, tak ada ribut, nama Hafreez Adam secara tiba-tiba menjadi bualan ramai disebabkan oleh hantarannya di platform Threads....

Read more
by Nurul A.
September 17, 2025
Lokal

[VIDEO] “Berani Panggil I Mak Cik Ekk, Sabar Japp”- Anzalna Nasir

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparan Anzalna yang membaca komen individu yang memanggilnya dengan gelaran Mak Cik ketika beliau...

Read more
by Noah Ab
October 30, 2025
Foto - News 18
Bollywood

Masih Ingat Pada ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai? Ini Rupa Terkininya Selepas 27 Tahun

Mari kita kembali ke tahun 1998, apabila filem 'Kuch Kuch Hota Hai' telah menyentuh emosi pencinta filem dan menjadi salah...

Read more
by Nurul A.
September 24, 2025
Lokal

“Foto Botak Bukan Raih Simpati”- Elyana Sindir Netizen Tak Faham Derita Pejuang Kanser

Bukan menagih simpati, penyanyi Elyana tampil berkongsi foto berkepala botak demi menyuntik semangat kepada para pejuang kanser yang sedang berjuang...

Read more
by Puteri Alia
October 7, 2025
via (IG) Uqasha Senrose
Lokal

“Rezeki Lakonan Tak Putus” – Uqasha Senrose Enggan Goyah Dengan Ujian Hidup

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menegaskan bahawa ujian yang sedang dilaluinya ketika ini langsung tidak menggugat fokus dan komitmennya terhadap kerjaya...

Read more
by Puteri Alia
November 4, 2025
Lokal

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan rasa marah terhadap pihak yang mempertikaikan penglibatan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Datin Shahida Beli Banyak Rotan Untuk Anaknya-“Esok Hilang Lah Ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Shahida yang membeli rotan dalam jumlah yang banyak. Datin Shahida juga mengatakan...

Read more
by Noah Ab
November 18, 2025
Lokal

Kemelut Rumah Tangga Memuncak, Nubhan Tutup Mulut Isu Orang Ketiga & Fokus Kejar Takhta GV12

Di tengah kemelut rumah tangga yang masih belum menemui noktah, penyanyi Nubhan memilih untuk menutup segala gangguan emosi demi memberi...

Read more
by Puteri Alia
November 24, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore