Selain rakan selebriti, Puteri Aishah berkongsi khabar gembira sedang hamil. Pelakon, Uqasha Senrose turut mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Uqasha menerusi hantaran yang memberi penjelasan alasannya tidak menjawab spekulasi sedang hamil.
“Nervous dari nak jadi isteri dan sekarang nervous untuk jadi ibu pulak. Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab, sebab dah gugur Qasha takut. Jadi biarlah dari Qasha sendiri yang cakap.
Bila bakal nak jadi ibu ni, baru tahu dan rasa yang comel ke cantik ke semua tu tak penting tapi yang paling penting kesihatan dan sempurna cukup sifat tu je doa Qasha.”-kongsi Uqasha Senrose di Instagram
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Berita gembira yang dikongsi Uqasha mencetuskan rasa teruja rakan selebriti dan peminat, malah ramai yang menitipkan pesanan agar pelakon berusia 32 tahun ini mendapatkan rehat yang secukupnya selepas tamat komitmen penggambaran.
“Congratulations babe! ๐โค๏ธ glowing mummy!.”-Zahirah Macwilson
“Alhamdulillah Syukur ๐ค Jaga Diri adikku sayang ๐ค
We are So Happy for you Darling๐ค Semoga Sentiasa DiLindungi dan Sentiasa Sihat AdikKu Sayang ๐ค Akak Happy sangat that time Sha bagitahu Sha Pregnant ๐คโจ Alhamdulillah Jadi insan Terawal juga dapat tahu. Semoga Baby & Ibu Cantik Sentiasa Dalam Jagaan Allah SWT.Ameen Allahuma Ameen ๐.”-Datin Rebecca Nur Al-Islam“Congratulations Sha sayanggg. Take care. Hopefully lepas habis shoot Jangan Lupa Janji Sha rehat betul-betul okay! ๐๐๐.”-Mira Filzah.”
Netizen Titip Doa Buat Elizad Sharifuddin
Di sebalik ramai yang teruja dengan berita kehamilan Uqasha, netizen di ruangan komen turut menitipkan doa buat pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin agar dikurniakan cahaya mata selepas memberikan ucapan tahniah kepada Uqasha.
“Alhamdulillah syukur nikmat adik cantik. Happy for you!.”-Elizad Sharifuddin
“Semoga Ijad pun sama akan dikurniakan rezeki anak. InsyaAllah. Jangan berhenti berdoa. Kuatkan semangat dan usaha lagi.”
“Semoga rezeki anak akan menjadi milikmu juga Ijad. Aaamin.”
“Saya doakan akak juga diberikan rezeki anak sama macam Uqasha dan Kamal. Akak keep positive ya. Lots of love from a lot of people to you.”
Sama-sama kita doakan agar Elizad Sharifuddin dikurniakan rezeki cahaya mata..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.