Menepis semua teori konspirasi yang muncul sejak Kate Middleton ‘hilang’ dari radar. Kita dikejutkan dengan berita sedih bahawa bakal Ratu England itu mengesahkan dirinya menghidap kanser.
Menerusi video, Kate mendedahkan sebab di sebalik kelewatan mengumumkan penyakitnya. Bukan sahaja atas sebab privasi kerana sedang menjalani rawatan perubatan, Kate turut menjelaskan dia mahu meletakkan kebajikan anak-anaknya sebagai keutamaan utama dalam pengumuman dia disahkan menghidap kanser.
”Kami memerlukan masa untuk menjelaskan segalanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara yang sesuai dengan mereka, dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.
”Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh, dalam minda, badan dan jiwa saya. Mempunyai William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan. Sokongan dan kebaikan yang telah ditunjukan oleh orang rama, ia amat bermakna buat kami,” tambahnya.
Dilaporkan kanser Kate ditemui selepas dia menjalani pembedahan perut di The London Clinic pada Januari lepas.
“Pada Januari lalu, saya menjalani pembedahan perut di London dan ketika itu saya tidak mempunyai kanser. Pembedahan berjaya. Bagaimanapun, ujian selepas pembedahan menemui kanser.
“Justeru, pasukan perubatan saya mengesyorkan saya menjalani kemoterapi pencegahan dan saya kini berada di peringkat awal rawatan itu,” jelas Kate lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.