Siapa yang tidak kenal kakak kepada selebriti Malaysia Neelofa, iaitu Noor Nabila. Dia merupakan seorang usahawan dan ibu kepada seorang anak. Noor Nabila bersama rakan baiknya Rosix Omar sering memuat naik video yang meraih perhatian ramai di laman media sosial milik mereka terutamanya di youtube, instagram dan tiktok.
Sebelum ini, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Imran menjadi bualan ramai apabila ada yang mendakwa sudah retak menanti belah. Namun ianya ditepis oleh Noor Nabila apabila dia mengatakan tiada apa pun sebenarnya yang berlaku.
Mereka juga dikatakan tidak duduk sebumbung serta kedua-dua instagram pasangan tersebut tidak terdapat gambar bersama. Namun pada 25 September yang lalu, akhirnya terlerai apabila Engku Emran dan Noor Nabila disahkan bercerai dengan talak satu.
“Mulut Hang Ni Yang Aku Suka”-Rosix Omar
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rosix Omar yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 613 ribu, tanda suka sebanyak 25 ribu dan sebanyak 211 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Noor Nabila yang ingin menunjukkan muka Jayden persis mukanya sekiranya memakai hoodie seperti tudung, namun ayat Jayden membuatkan Noor Nabila Terkelu untuk berkata-kata.
@rosixomar25 Citer sini hbs sini! #rosixomar
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mungkin asbab Jayden berkata begitu akan berlaku sesuatu perubahan.
Apa-apa pun, semoga Jayden membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.