Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Nakal Ehh Afwa, Kemain Dia Gelak Besar Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @officialsimplysiti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 151 ribu, tanda suka sebanyak 3,760 dan sebanyak 81 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang mengacau Tokti dengan pistol air mainan miliknya itu.
@officialsimplysiti Bila ibu nak live, tapi hero kecil ada agenda sendiri 🤭🌊 #tiktokmadebuyi #simplysitiultimatesunscreen #sunscreenwajib #teampakaisunscreen
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pandai Afwa mengusik Tokti ketika sedang melakukan live.
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.