Sejak akhir-akhir ini, ramai pula artis yang ubah gaya rambut dengan warna-warna yang pelik. Sebelum ini penyanyi Aisyah Aziz yang mewarna rambut dengan warna kuning kemudian ungu mengalami masalah apabila ada pihak yang memintanya untuk menukar warna rambut jika ingin terbabit dalam sebuah konsert jelajah.
https://murai.my/19458-19458/
Kemudian penyanyi dan isteri kepada Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raissuddin pula berani dengan tampil rambut blonde mrip seperti idolanya Beyonce. Kami ada kongsikan gambar-gambar dalam artikel di bawah.
https://murai.my/23670-siti-sarah-tampil-dengan-rambut-blonde-makin-mirip-beyonce/
Kini giliran bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama dan juga pengacara Nana Mahazan.
Sejak kebelakangan ini terlihat mula tampil dengan rambut warna hijau dalam beberapa waktu yang lalu. Nah, murai.my juga merangkum beberapa gambar penampilan Nana yang sangat lain.
Rata-rata netizen memuji dengan perubahan warna rambut Nana, malah ada juga yang kagum dengan kulit wajahnya yang semakin berseri-seri.
Jadi bagaimana? Mahu warna rambut seperti Nana? Bukan warna hijau sahaja nampak menawan, ada beberapa artis yang lain yang sering ubah warna rambut dengan pilihan yang cukup memukai. Jom lihat artikel ini.
https://murai.my/16513-senarai-5-artis-malaysia-yang-kerap-warnakan-rambut/
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.