Kejam! Itulah yang boleh digambarkan apabila terdapat seekor kucing jalanan menjadi mangsa langgar lari oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Kejadian tersebut sempat dirakam oleh pelakon Mas Khan.
Geram Kucing Jadi Mangsa Langgar Lari
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon itu menerusi laman Instagram nya, kelihatan seekor kucing sedang bertarung dengan nyawa selepas dilanggar di sebuah lokasi. Menurut Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan, dia berasa geram dan kecewa apabila individu tersebut yang telah melanggar kucing tersebut bertindak untuk melarikan diri selepas kejadian tersebut sempat dilihat olehnya.
Tidak Dapat Diselamatkan
Dalam pada itu, Mas Khan bersama rakannya sempat membawa kucing malang tersebut ke klinik haiwan berhampiran dimana si comel tersebut sedang bertarung dengan nyawa. Namun sudah ditakdirkan nasibnya, kucing tersebut tidak dapat diselamatkan dipercayai kerana mengalami kecederaan parah kesan daripada kemalangan tersebut.
Berasa sebak melihat keadaan kucing itu, Mas Khan bagaimanapun turut memohon maaf serta telah melakukan yang terbaik bagi menyelamatkannya. Rata-rata pengikut pelakon itu bersimpati dengan keadaan kucing tersebut selain turut mengucapkan terima kasih kepada Mas Khan kerana sempat membawanya mendapatkan rawatan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.