Sebelum ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan seorang pensyarah dan penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari menganggap ‘runner’ atau pekerjaan penghantar makanan sebagai “tak bermaruah”. Kenyataan yang mengundang kemarahan rata-rata netizen di media sosial itu dibuat dalam sebuah rancangan temubual TV yang membincangkan tentang Belanjawan 2020.
Potongan klip video tersebut tular dan mendapat kritikan terutamanya para rider dan runner apatah lagi pilihan pekerjaan ini popular dalam kalangan anak muda.
Perkara itu ternyata menarik perhatian penyanyi rap, Caprice menyelar kenyataan Dr. Mohd Yusof Saari dengan beranggapan pensyarah tersebut tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘maruah’ dalam melakukan pekerjaan.
“Beraninya dia bercakap pasal maruah untuk pekerjaan yang mulia ini? Sebenarnya, ramai yang terpaksa ambil pekerjaan ini demi menyara kos sara hidup yang semakin meningkat”-katanya dalam video di Instagra
” Tak payah debat tentang Bajet 2020 kalau otak 1990″ tulisnya di Instagram
Walaubagaimanapun, rata-rata netizen mahu pensyarah tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap tidak ada lagi mana-mana individu memandang rendah pekerjaan tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.