Wabak virus Corona telah tersebar luas dan menyebabkan kebimbangan ramai orang di seluruh dunia. Ini juga menyebabkan Apple menutup semua kedai yang terletak di China. Bukan sahaja kedai rasmi, Apple juga memutuskan untuk menutup pejabat dan contact center atau pusat hubungan mereka.
Keputusan untuk menutup akan dijalankan pada 9 Februari, 2020. Berita ini diterima menerusi dari kenyataan yang dilaporkan oleh Bloomberg pada Sabtu lalu (1/2).
Wabak virus Corona sendiri telah membunuh lebih daripada 200 orang di China dan mencatatkan bahawa sekitar 10,000 ribu orang telah dijangkiti di seluruh dunia.
Kerana keadaan mendesak yang disebabkan oleh virus ini, Amerika Syarikat memilih untuk tidak menerima penumpang dari China dan membatalkan banyak penerbangan ke negara ini.
Buat masa ini masih belum jelas sama ada kilang Apple di China yang dikendalikan oleh Foxconn akan ditutup juga.
Satu-satunya perkhidmatan Apple yang boleh diakses oleh penduduk China ialah kedai dalam talian yang akan kekal terbuka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.