HP Inc. Malaysia melancarkan HP for Business, sebuah platform khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) demi mengukuhkan lagi masa depan ekonomi negara. Bagi menyokong keperluan pendigitalan PKS sebagai usaha memulihkan semula perniagaan mereka, HP for Business menawarkan pelan ansuran teknologi bulanan hanya dari RM85.50 selama tiga bulan pada Oktober* ini.
Pelan daripada HP ini dapat membantu PKS Malaysia meningkatkan keselamatan, produktiviti dan mobiliti mereka dengan rangkaian PC untuk perniagaan HP. Ia turut disertakan dengan perkhidmatan perisian berasaskan awan bersepadu percuma selama 12 bulan oleh Deskara bagi membantu PKS menguruskan operasi perniagaan termasuk penyediaan invois, perakaunan, pelaporan kewangan, jualan dan pengenalpastian dan pengesanan pelanggan, serta pengurusan perbelanjaan, cuti dan gaji kakitangan.
PKS adakah pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan di Malaysia, mewakili 98.5% perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia, menyediakan pekerjaan untuk 70% tenaga kerja Malaysia. Menurut Laporan Tinjauan PKS Asia Pasifik (APAC) HP, 46% PKS yang disoal selidik menjangkakan penyusutan pertumbuhan pasca COVID. Walau bagaimanapun, lebih 50% PKS menjangkakan mereka bukan sahaja mampu bertahan tetapi sebaliknya mengembangkan lagi perniagaan, pasca pandemik, dan sedang mencari sokongan serta bimbingan yang sangat diperlukan bagi memulihkan semula kelangsungan perniagaan mereka menerusi penggunaan digital dan transformasi model perniagaan sedia ada.
HP Malaysia sentiasa menyokong usaha transformasi digital PKS menerusi HP for Business, sebagai platform yang menyediakan sumber, keupayaan dan ilmu pengetahuan, serta inovasi teknologi dengan pembiayaan yang fleksibel. Selain daripada itu, HP for Business turut menawarkan webinar perniagaan percuma di mana PKS tempatan boleh mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar industri mengenai pelbagai topik seperti kemapanan perniagaan, kecekapan kos, ekonomi digital dan keselamatan.
Komitmen HP terhadap transformasi digital PKS Malaysia
Di dalam era transformasi digital ini, hampir 60% PKS di seluruh APAC melihat pendigitalan sebagai satu kemahiran penting bukan sahaja untuk bertahan tetapi untuk mengembangkan perniagaan pasca pandemik. Di Malaysia, pendapat sama turut disuarakan oleh lebih 65% PKS tempatan untuk meningkatkan lagi produktiviti, kecekapan, keselamatan dan mobiliti perniagaan bagi menyokong fleksibiliti kewangan dan pertumbuhan perniagaan dalam jangka panjang.
Tenaga kerja PKS hari ini memerlukan kolaborasi teknologi, berkuasa dan selamat yang dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kemahiran perniagaan mereka. Mereka juga mahukan ekosistem produk dan perkhidmatan serta ilmu pengetahuan dan kepakaran yang dapat menangani keperluan perniagaan mereka yang lebih luas melangkaui teknologi. Di HP, kami sentiasa komited dalam menyokong transformasi digital Malaysia menerusi inisiatif seperti HP for Business yang menawarkan bimbingan, sumber dan keupayaan termasuk Pelan Ansuran HP for Business bagi memberikan fleksibiliti kewangan kepada PKS untuk memasuki era digital.
Pelan Ansuran Teknologi HP dikuasakan oleh rangkaian komputer riba dan komputer meja perniagaan HP termasuk HP ProBook 440 G7, HP ProBook 445R G6 and HP ProDesk 400 G6.
Harga dan Kebolehdapatan
- HP ProDesk 400 G6 boleh didapati sekarang, bermula pada RM2,669.00, dengan ansuran bulanan RM85.50 selama 36 bulan
- HP ProBook 440 G7 boleh didapati sekarang, bermula pada RM3,250.00, dengan ansuran bulanan RM104.12 selama 36 bulan
- HP ProBook 445R G6 boleh didapati sekarang, bermula pada RM2,999.00, dengan ansuran bulanan RM96.08 selama 36 bulan
- Kedua-dua pakej ansuran berkenaan menawarkan perkhidmatan Deskera selama 12 bulan (Essential Plan bernilai RM5,000) untuk 5 pengguna, perisian perniagaan semua dalam satu yang mengendalikan simpan kira (pengeluaran invois, perakaunan, laporan kewangan), jualan (CRM, Petunjuk, Dalam Proses) dan juga pengurusan kakitangan (gaji, cuti, perbelanjaan).
- Semua yang di atas didatangkan dengan Sokongan Perkhidmatan Di Lokasi Pengguna HP atau HP On-Site Service Support *.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ansuran HP for Business dan mengetahui lokasi pengedar sah HP, sila kunjungi: reinvent.hp.com/HP-for-Business-Installment-Plan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk HP for Business yang lain, sila kunjungi HP Online Store di store.hp.com/my-atau rakan kedai dalam talian terpilih termasuklah di Lazada dan Shopee.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.