Di sebalik kegembiraan mendengar berita usahawan, Neelofa telah sah dirisik pendakwah bebas PU Riz, ada pula pertengkaran di kalangan netizen berlaku di laman sosial. Hal ini bermula selepas salah seorang pengguna twitter telah memuatnaik tweet mengungkit mengenai bekas kekasih PU Riz iaitu Amal.
Tak pasal-pasal, individu ini diserang netizen dan berlakunya pergaduhan sehingga nama Amal trending di twitter.
Bekas Kekasih Teranaiya?
Dalam tweet tersebut, individu ini menyebut bahawa dia merasa sedih bagi pihak Amal dan menganggap bekas kekasih PU Riz itu teranaiya.
“Saya antara orang yang gembira dan tidak menghormati Neelofa pada masa yang sama. Saya dapat merasakan kesedihan Amal. Pu Riz harus setia dengan hubungannya. Semoga Amal mendapat rezeki yang lebih baik dalam hidup. Orang teraniaya dek janji dimungkiri, rezekinya semakin terbuka.”- tulisnya di Twitter.
Jodoh Bukan Kat Tangan Manusia
Kenyataan individu ini menyebut Amal dianaiya tidak disambut baik oleh netizen. Ramai yang menegur individu ini supaya percaya kepada jodoh dan ketentuan Allah.
Sementara itu, tak kurang juga yang menyokong kenyataan individu ini dan mendakwa hubungan selama 5 tahun, PU Riz dan bekas kekasih, Amal tidak sepatutnya putus begitu saja.
Dipetik dari Beautifulnara, sebelum ini Amal atau nama penuhnya Amal Syahmina telah memuat kenyataan tentang hubungan dengan bekas kekasih dikatakan mula retak dan tidak lagi mesra seperti sebelum ini apabila hadirnya orang ketiga.
Malah, turut menegaskan bahawa sebolehnya mahu terus memulakan kehidupan baru tanpa terus dibayangi kisah silamnya dengan bekas kekasih.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.