Mengalami keguguran adalah perkara yang sangat menyedihkan. Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists, satu daripada 10 kehamilan yang diketahui hamil akan berkahir dengan keguguran.
Ramai selebriti terkenal menceritakan mengenai pengalaman keguguran mereka sendiri, membantu menyampaikan maklumat mengenai keguguran dan membantu individu lain yang turut mengalami keguguran untuk membuatkan meresa tidak merasa keseorangan.
Berikut adalah 5 selebriti yang terbuka menceritakan pengalaman mereka mengalami keguguran. Stay tune guys!
Meghan Markle
Dalam New York Times edisi November, Duchess of Sussex iaitu Meghan Markle secara terbuka menceritakan beliau mengalami keguguran pada Julai yang lalu. Meghan turut menyatakan bahawa beliau merasakan kekejangan yang tajam ketika beliau menukar lampin anaknya Archie.
“Saya tahu semasa saya memegang anak sulung saya, bahawa saya kehilangan anak yang kedua” – Meghan
“Saya terbaring di katil hospital. Memegang tangan suami saya dan mencium tangannya. Air mata mengalir dari kami berdua, Saya cuba membayangkan bagaimana kami dapat sembuh dari kehilangan ini.”- Meghan
Duchess of Sussex menyatakan bahawa beliau menyedari bahawa “satu-satunya cara” untuk beliau mula memulakan penyembuhan akibat kehilangan ini adalah dengan bertanya, “Are You Okay?”
Chrissy Teigen
Pada Oktober yang lalu, Chrissy Teigen melakukan satu posting yang beremosi di Twitter mengenai penderitaan kegugurannya setelah dimasukkan ke hospital selama berhari-hari.
“Kami terkejut dan merasakan kesakitan yang tidak kami rasakan sebelum ini,” tulis Teigen bersama foto hitam putih yang menunjukkan dirinya sedang menangis di katil hospital.
Teigen pernah memberitahu bahawa beliau terbaring di hospital selama dua minggu akibat mengalami pendarahan yang teruk. Beliau menjalani dua blood transfusions dan mengalami pembekuan darah. Pendarahan itu berlaku disebabkan oleh plasentanya yang lemah.
Beyonce
Semasa temu bual beliau bersama Oprah, Beyonce menceritakan keguguran yang dialami oleh beliau sebelum kelahiran anak pertamanya, Blue Ivy.
“Salah satu sebab saya tidak berkongsi bahawa saya hamil kali kedua adalah kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku. Dan ianya sukar kerana semua keluarga dan rakan tahu dan kami meraikannya. Ianya sukar,”- Beyonce
Dalam wawancara beliau bersama majalah Elle, Beyonce menyatakan bahawa pengalaman keguguran mengubah perspektifnya mengenai kejayaan.
“Saya mula mencari erti yang mendalam ketika kehidupan mulai mengajar saya apa yang saya tidak tahu saya perlukan. Kejayaan kelihatan berbeza dengan saya sekarang. Saya belajar bahawa semua kesakitan dan kehilangan sebenarnya adalah satu hadiah. Mengalami keguguran mengajar saya bahawa saya harus menjadi ibu kepada diri sendiri sebelum dapat menjadi ibu kepada orang lain.” Beyonce
Michelle Obama
Dalam wawancara beliau bersama ABC News, Michelle Obama berkongsi bahawa beliau mengalami keguguran dan kedua anak perempuannya Sasha dan Malia dikandungnya hasil dari IVF atau bayi tabung uji.
“Saya rasa lost dan keseorangan, dan saya rasa gagal, saya tidak tahu bagaimana keguguran berlaku kerana kami tidak bercakap mengenainya. Kami duduk dengan kesakitan sendiri, memikirkan entah bagaimana kami patah hati.” Michelle
Mariah Carey
Sewaktu temubual bersama Access Hollywood, beliau membuat perkongsian mengenai keguguran anak pertamanya bersama bekas suaminya, Nick Cannon.
“Ianya mengejutkan untuk kami berdua dan membawa kami ke tempat yang betul-betul gelap dan sukar…Ketika ia berlaku, saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa pun tentang hal itu. Ianya bukan mudah.” -Mariah Carey
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.