Pernahkah telefon pintar anda mengalamai kenaikan suhu yang melampau atau overheat? Sekiranya ia berlaku, anda tidak boleh memandang ringan kerana ia akan mengganggu performance smartphone anda. Berikut adalah 5 tips untuk mengelakkan telefon pintar anda daripada overheating. Stay tune guys!
Elakkan Direct Sunlight
Tips pertama ini mungkin kedengaran agak remeh, tetapi ianya agak mudah untuk lupa apabila anda melakukan aktiviti di luar rumah. Telefon pintar anda mudah menangkap cahaya dan haba dari cahaya matahari dan menahannya, ia akan semakin panas apabila terlalu lama mendapat direct sunlight.
Tutup Aplikasi Yang Tidak Digunakan
Aplikasi yang terbuka dan tidak digunakan akan menyebabkan telefon pintar anda bekerja dengan lebih keras, yang secara tidak langsung akan menyebabkan ia menjadi panas.
Penyelesaiannya juga sangat mudah, untuk pengguna iPhone, anda hanya perlu menekan home button dua kali dan swipe aplikasi tersebut. Hal ini juga dapat meningkatkan jangka hayat bateri telefon pintar anda.
Elakkan Screen Brightness Terlalu Tinggi
Apabila anda berada di bawah cahaya matahari, anda cenderung untuk meningkatkan brightness pada telefon pintar anda untuk melihat skrin dengan lebih jelas. Namun begitu, hal ini juga akan memaksa telefon pintar anda bekerja dengan lebih keras dan akan menghasilkan banyak haba dan secara tidak langsung berlaku overheating pada telefon pintar anda. Anda boleh menggunakan anti-glare cover untuk peranti anda. Penyelesaian kos rendah ini dapat membantu anda melihat skrin telefon pintar sewaktu di bawah cahaya matahari.
Gunakan Pengecas Yang Betul
Setiap pengecas mempunyai kadar watt yang berbeza, dan banyak pengecas telefon pintar dioptimumkan untuk jenama tertentu. Elakkan membeli kabel pengecasan yang terlalu murah dan dibuat oleh third-party manufacturers. Anda juga perlu mengecas telefon pintar anda di atas permukaan yang keras dan rata, seperti di atas meja dan mengelakkan mengecas telefon pintar di atas permukaan lembut seperti di atas sofa atau atas tilam.
Berhenti Menggunakan Smartphone Terlalu Lama
Kini ramai di kalangan kita sudah mula ketagih menggunakan telefon pintar sehingga sering lupa waktu ketika menggunakan telefon pintar, dan terus sambung menggunakannya sambil mengecaj. Penggunaan telefon pintar terlalu lama akan membuatkan ia panas dan akan overheating. Contohnya, ia akan semakin panas sewaktu anda bermain game atau membuat panggilan terlalu lama kerana game memerlukan banyak bahagian telefon pintar berfungsi pada masa yang sama. Berhenti menggunakan telefon pintar apabila anda mula merasa ia semakin panas.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.