Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar ini mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terbarunya di Massachusets.
Kecederaan Pada Kelopak Mata
Menurut The Boston Globe, Jennifer Lawrence dikatakan mengalami kecederaan pada kelopak mata dan berlaku pendarahan sewaktu menjalani penggambaran filem Netflix “Don’t Look Up” di luar Boston.
Aktres itu dikatakan terkena debris yang datang dari letupan kesan khas (special-effect explosion) di lokasi penggambaran filem itu di Massachusets.Semasa letupan terkawal berlaku, ia dapat menembusi tingkap, yang menyebabkan serpihan-serpihan terkena wajah Jennifer Lawrence.
Penggambaran Dihentikan Seketika
Penggambaran dihentikan selama sehari setelah kecederaan tersebut berlaku pada pagi Jumaat, dan Jennifer Lawrence dijangka akan pulih.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.