• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Aaron Aziz Seperti Menang Pilihan Raya Kerana Diterima Masyarakat India

by Ayden Mikhael
July 14, 2018
Share on Facebook

Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura, Aaron Aziz sangat teruja sekali apabila penampilan sulungnya dalam filem Tamil ‘Tik Tik Tik’ mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan serta hangat dari masyarakat India, bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di luar negara.

Untuk kali pertama muncul dalam filem Kollywood dengan melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi, Aaron menyifatkan sambutan hangat dari masyarakat India terhadap lakonannya dalam filem itu “seperti menang pilihan raya”.

“Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu,” katanya kepada Kosmo.

Aaro  berkata ini adalah kali pertama beliau mendapat sokongan yang begitu hangat daripada peminat bukan Melayu semenjak berkecimpung dalam dunia seni. Aaron melakonkan watak jahat dalam filem sains fiksyen ‘Tik Tik Tik’, bermaksud bunyi jam, yang berkisar tentang penjelajahan kapal angkasa pertama India. Dialognya diungkapkan dalam bahasa Inggeris.

Bagi hero filem Ombak Rindu ini, pengalamannya berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah buat dirinya. Walaupun hanya pelakon sampingan, beliau dilayan seperti raja sepanjang tiga minggu berada di Chennai, India, untuk sesi penggambaran pada tahun lepas.

Ditanya mengenai kesediaannya menerima tawaran itu walaupun sekadar melakonkan watak sampingan, Aaron berkata beliau bukanlah mengejar glamor dan populariti, sebaliknya ingin mempelajari perkara baharu, tambahan pula berpeluang untuk bersama barisan pelakon dan pengarah terkenal.

Rata-rata netizen di media sosial khususnya di Instagram memuji lakonan Aaron dalam filem ‘Tik Tik Tik’ yang sedang ditayangkan di beberapa pawagam di seluruh dunia termasuk Malaysia, India, Australia dan United Kingdom.

murai.my mengucapkan tahniah kepada Aaron dan berharap Aaron terus maju jaya dan jika ada tawaran di luar negara lagi, rebut peluang tersebut untuk menambahkan pengalaman serta dapat mengasah lagi mutu lakonan.

Aaron Aziz Risau Emosi Anak Disaman RM2 Juta, Serah Segalanya Pada Peguam

Sumber : Kosmo & IG Aaron Aziz

aaron aziz
https://lomp.at/jl2qo
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Lokal

VIDEO Sultan Pahang Dekati Mangsa Banjir, Rakyat Terharu

by Farah Fatihah
December 23, 2025

Keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terhadap nasib rakyat sekali lagi meraih perhatian...

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Tidak Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain, Namun Lain Pula Yang Jadi?

by Naddy Joe
January 12, 2026

Nama pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro sebelum ini mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi pengalamannya yang secara tidak sengaja tersalah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore