Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Abby Abadi Bersyukur Marissa & Aslam Dalam Proses Bercerai-“Keluarlah Cepat Dari Mimpi Ngeri…”

by Naddy Joe
April 1, 2026
Share on Facebook

Pelakon, Abby Abadi menitipkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bakal berakhir selepas Marissa mengumumkan bahawa dia dan suaminya, Aslam kini dalam proses bercerai.

“Keluarlah Cepat Dari Mimpi Ngeri..”

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan harapan agar Marissa bakal keluar dari ‘mimpi ngeri’ dengan secepat mungkin.

“Alhamdulillah. Semoga selesai dengan cepat!. Keluarlah cepat dari mimpi ngeri. Tolonglah aminkan yaa.”-tulis Abby di Insta Stories

Titip Pesanan Buat Marissa

Dalam pada itu, Abby turut menitipkan pesanan buat Marissa untuk memperbaiki setiap kekurangan diri dan harus melalui hari yang kelam sebelum mendapat hari yang lebih indah.

“Perbaiki apa yang kurang ye dik. Kena lalui hari-hari kelam untuk dapat yang lebih indah lepas ini.”-tulis Abby buat Marissa

https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/AQMwVcowXU4BRzQzDlC6OQe1C50sJ29eKkDZlzrAvSp4IfK54VE2AZHEdwZCiRc24tIkk6baLEtuirIkGLQPFutAT8m4ul2B.mp4

Sebelum ini, Marissa mengumumkan di media sosial bahawa prosiding lafaz cerai dan rujuk sebelum ini ditangguhkan untuk sambung bicara kerana dia masih belum memberikan keterangan.

Dia dan Aslam juga kini berada dalam proses untuk berpisah dan keputusan akhir lafaz cerai dan rujuk itu telah berubah kepada proses penceraian.

“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan. Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai.

Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak. Give some space & please don’t jump to conclusions or assume things.”-tulis Marissa di Instagram

Untuk info, sebelum ini pernah tular berita mengenai anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan berkahwin bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Bapa Tiri Titip Pesanan Buat Marissa Dania, Netizen Sebak-"Bertuah Marissa Dikelilingi Keluarga Yang 'Supportive'.."
abby abadimarissa dania
https://lomp.at/tadms
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara