Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Abby Abadi Demam Panas & Dijangkiti Influenza, Tampil Mohon Maaf-“Tu Yang Hilang Fokus..”

by Naddy Joe
September 22, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan selepas selesai konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada malam Sabtu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) disebabkan demam panas dan jangkitan Influenza.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia sudah mengalami demam panas sejak sebelum konsert, namun dia tetap menguatkan semangat untuk menjayakan konsert sebelum dibawa ke hospital disebabkan suhu badannya yang terlalu tinggi selepas konsert.

“Ya saya demam panas masa Konsert Elite. Sehari sebelum konsert, rehearsal di Plenary Hall, KLCC. Balik tu terus rasa tak sedap badan tapi tak teruk lagi. Esoknya tu pagi sebelum konsert, ada rehearsal lagi. Masa tu dah rasa lain dah badan ni.

Kuatkan semangat. Bersiap awal juga malan tu tapi badan dah rasa layu dah. Kayuh juga untuk menjayakan konsert ini walaupun dah sakit tekak, selsema masa tu.”-kongsi Abby Abadi di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Tampil Mohon Maaf

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Ke-hospital-akhirnya-😶_🌫️Yer.-Sy-demam-panas-masa-Konsert-Elite.-😫Sehari-sebelum-Konsert-r-1.mp4

Akui hilang fokus ketika konsert disebabkan masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan Abby Abadi turut memohon maaf buat semua pihak terlibat dalam Konsert ELITE.

“Serius, lemah rasa badan. Tu yang hilang fokus tu. Saya minta maaf ya pada semua yang terlibat terutamanya anggota ELITE, X Factor dan yang datang menyaksikan Konsert Elite. Masa rehearsal, sayalah orangnya. Tapi tiba-tiba sehari sebelum konsert, Allah bagi saya demam. Saya yakin ada hikmah untuk saya.

Habis konsert, terus serah diri ke hospital. Tinggi ya panas saya. 40°C. Ambil darah semua, Rupanya Influenza. Berehatlah sekejap Abby Abadi ya. Konsert pun dah selesai. Semoga meninggalkan kenangan manis buat semua.”-tambah Abby lagi

Sama-sama kita doakan agar Abby Abadi cepat sembuh..

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim 'Settle' Hutang Mas Kahwin?
abby abadi
https://lomp.at/guhpz
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara