Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Abby Abadi Mengaku Masih Trauma Isu Nafkah, Sampai Terbawa Dalam Mimpi

by Puteri Alia
October 27, 2025
Share on Facebook

Masih dibayangi pengalaman silam, pelakon dan usahawan Abby Abadi, 47, mengakui dirinya dihantui rasa trauma apabila isu nafkah kembali mencuit fikiran hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ujar Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, mimpi yang dialaminya baru-baru ini membuatkan dia tergerak hati menasihati anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, agar lebih matang dan bertanggungjawab dalam soal perkahwinan.

Menurut Abby, naluri keibuan mendorongnya untuk segera menegur Danish yang kini sedang mengenali seseorang dari Singapura.

“Kelmarin saya termimpi pasal isu nafkah. Dipendekkan cerita, pagi-pagi saya jumpa Danish dan terus ingatkan dia yang sedang berkawan dengan orang Singapura supaya fikir panjang kalau nak kahwin. Kalau bercerai dan abaikan nafkah, silap langkah boleh masuk penjara di sana,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Bekas anggota kumpulan Elite itu tidak menafikan dirinya kini berdepan keresahan yang serius apabila terlalu memikirkan masa depan anak-anaknya yang sedang meningkat dewasa.

“Saya sekarang anxiety teruk sangat, sampai terbang fikiran memikirkan macam-macam. Saya takutkan masa depan anak-anak sebab trauma masih ada,” luahnya jujur.

Luahan jujur Abby itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya memahami perasaan seorang ibu yang pernah melalui pengalaman getir dalam perkahwinan.

“Sebagai mak, memang tak boleh lari daripada rasa risau. Doakan anak-anak kita jadi lelaki bertanggungjawab,” komen seorang pengguna media sosial.

“Betul tu Abby, kadang trauma lama tu datang balik bila nampak anak nak bina rumah tangga,” tulis seorang lagi pengikut, manakala ada yang turut menitip doa agar pelakon itu terus kuat menghadapi perasaan cemas yang datang tanpa diduga. “Semoga Abby terus kuat. Ingatan tu penting untuk anak lelaki supaya tak ulang kesilapan sama,” ujar netizen.

Untuk rekod, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada 2008. Norman kemudiannya berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011, manakala Abby pula bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

Abby Abadi Bidas Komen Negatif Netizen Gelar Marissa 'Penyondol'

Meski masa berlalu, kisah silam yang pernah dilaluinya nyata masih meninggalkan kesan mendalam. Namun, di sebalik trauma yang bersisa, Abby tetap berusaha menjadi ibu penyayang dan pelindung buat anak-anaknya, agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama dalam membina rumah tangga kelak.

abby abadi
https://lomp.at/xcqwz
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara