Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan penjelasan berhubung isu luahan anak bongsunya, Maria Danisha yang seolah-olah memberikan bayangan dirinya kurang diberi perhatian selepas menerima keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada Selasa.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Instagram dan Thread, menjelaskan bahawa Maria berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak pernah membezakan mana-mana anak-anaknya itu.
“Maria Danisha okay tak? Okay je. Tiap-tiap hari jumpa. Tiap hari sembang WhatsApp. Kebetulan minggu ni mama abahnya sibuk, jadi takdelah beria nak sambut apa-apa. Sehari sebelum ambil result dah tanya nak pergi ambil sama-sama, Baby cakap tak payah, sekolah takde buat majlis apa-apa. So okaylah, dia kata dia akan tengok result online.
Mamanya yang kebetulan sibuk minggu ni, tapi tahu je perkembangan result SPM dia semua.. cuma dia kata malu nk dikongsikan sebab tak dapat 9A.. so okaylah.. , Mama takde share.. Yang dia update tu Sayu baru tahu. Saya dah tanya tapi dia kata takde apa….. banyak sangat masa melepak dalam bilik tuuuu.. sampai Mama Abahnya sibuk bekerja pun dia tak tahu.. 🤭
Saya tak membezakan anak-anak, sayang semua sama je. Baik yang kecik, baik yang besar.”-jelas Abby di media sosial
Lain Pula Reaksi Netizen?

Walaubagaimanapun lain pula reaksi segelintir netizen terhadap penjelasan Abby, malah ada yang berpendapat anak bongsunya itu sebenarnya masih terasa dengan tindakan ibu biarpun menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Ayat melepak dalam bilik tu sakit hati pangkal rahim hempedu aku baca!!! Dah asyik melebihkan si kakak mcm mana si adik nak ada attention mak ayah.”
“Dia terasa hati di mana di hari dia ambik keputusan SPM tapi akak post pasal akak nya . Fokus pada yang ni yang bagi kejayaan pada akak yang akan bantu akak kelak dari fokus pada yang berumah tangga . Pandai-pandai lah dorang urus hal laki bini gatai sangat nak menikah.”
“As a child. Kalau mak kita tanya, mesti kita cakap kita okay je. Puan dah baca kan apa luahan hati dia. Dia nak perhatian. Kalau sekadar bertanya okay ke tidak, tak cukup.”
“Tengok perangai mak macam gini pun dah boleh faham kenapa anak tu lagi suka duduk dalam bilik. tu kira elok lah dia memerap dalam bilik tu belajar, keluar result spm cemerlang. at least bukan pura pura bawak kawan duduk dalam bilik tapi sebenarnya dah sampai Siam kahwin dengan suami orang. Maknya pun boleh tak tahu menahu. Yelah terpaling bekerja keras katanya. Tapi tetaplah anak yang paling banyak buat hal memalukan yang disanjung dari yang lain. You can say sayang anak semua sama rata. Tapi orang luar pun pandai menilai dengan mata, apatah lagi tuan badan yang sedang terasa tu.”
Apa komen anda?






