• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ada Berani? Makan Sambil Ditemani ‘Oink-Oink’ Di Kafe Mipig Jepun

by Puteri Alia
July 19, 2021
Foto - Instagram @mipigcafe

Foto - Instagram @mipigcafe

Share on Facebook

Tidak dinafikan banyak kafe-kafe di Jepun mempunyai keunikan dan idea yang tersendiri bagi menarik minat dan perhatian para pengunjung mereka, apatah lagi banyak kafe bertemakan haiwan serta maid menjadi pilihan ramai di negara matahari terbit ini.

Makan Sambil Ditemani ‘Oink-Oink’ Mini

Foto – Instagram @mipigcafe

Sebuah kafe di Jepun yang dikenali sebagai kafe Mipig ini menawarkan pengunjungnya menikmati makanan dan bersantai di kafe mereka sambil ditemani babi kecil.

Pengunjung boleh membelai dan bermain bersama babi-babi kecil di kafe tersebut dengan senang hati, kerana haiwan tersebut sangat manja dan miliki bulu yang bersih dan mudah di jaga.

Pengalaman Yang Luar Biasa

Foto – Instagram @mipigcafe

Dipetik dari Liputan6, ramai pengunjung yang telah mengunjungi kafe tersebut menyatakan ianya satu pengalaman yang sangat menarik bagi mereka.

Salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Paige Philips menceritakan pengalamannya berada di kafe tersebut sangat luar biasa apatah lagi Paige mengakui sukakan haiwan yang kecil dan comel seperti babi mini ini.

“Saya miliki waktu yang luar biasa mengunjungi Mipig. Itu merupakan perkata utama dalam pelan percutian saya, apatah lagi saya memang sukakan benda yang kecil dan comel” ujarnya.

Kafe Mipig Untuk Pencinta ‘Oink-Oink’ Mini Yang Comel

Foto – Instagram @mipigcafe

Difahamkan kafe Mipig mempunyai beberapa cawangan di Shibuya, Meguro Tokyo, bandar Koshinaga dan Osaka. Kafe ini mengenakan bayaran sebanyak 1,100 Yen atau RM42 untuk setengah jam berada di dalam kafe berkenaan.

Sambil bermain dengan babi mini yang comel ini, para pengunjung juga boleh memesan makanan dan minuman yang bernilai sekitar RM25 dan makanan babi juga ada dijual dengan harga sekitar RM11.

Bermain Dengan Babi Dapat Turunkan Tekanan

Foto – Instagram @mipigcafe

Terdapat satu kajian dari University of Leeds yang menemui, bahawa bermain dengan haiwan mini ini dapat mengurangkan masalah tekanan dan menurunkan darah tinggi seseorang.

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

Apa-apa pun kafe Mipig di Jepun ini memang lain dari kafe yang lain.

jepunKafe Mipig
https://lomp.at/55s44
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Jom Intai 7 Destinasi Salji Terbaik Di Asia Yang Boleh Dikunjungi Selepas Tamatnya Pandemik

by Aphit J.
January 3, 2021

Sebenarnya, negara-negara bersalji di Asia tidak kurang indahnya jika dibandingkan dengan negara-negara di Eropah dan Amerika. Berikut adalah 7 destinasi...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore