• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ada Susah-Senang Untuk Suami, Nasib Pelakon Cantik Diana Danielle Dan Puteri Sarah Tetap Tidak Bahagia

by Puteri Alia
March 21, 2023
Share on Facebook

Setiap pasangan yang tidak dapat menyelesaikan konflik pastinya akan memilih untuk berakhir dengan pembubaran perkahwinan.

Hal yang demikian terjadi apabila mengetahui bahawa meskipun ujian dalam perkahwinan merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh pasangan suami dan isteri namun tidak semua individu sanggup menempuh segala macam dugaan yang ditimpanya.

Kadangkala, setelah setelah pelbagai cara dilakukan oleh salah seorang pasangan meskipun kedua-duanya sekali untuk memperbaiki sesebuah hubungan cinta suami-isteri namun pada akhirnya perlu menerima takdirnya jika jodoh itu tidak berpanjangan dan perpisahan merupakan jalan terbaik.

Berbahas sahaja soal cerai, menurut sumber terdapat beberapa jenis perceraian mengikut hukum syarak di negara kita, namun empat jenis perceraian utama yang selalu digunakan adalah Talaq, Khuluk, Fasakh dan Li’an.

Baru-baru ini isu penceraian ini telah menjadi topi hangat yang diperkatakan oleh warganet setelah satu per satu kemelut rumah tangga selebriti-selebriti terkenal tanah air menggegarkan hiburan tempatan.

Bagaimanapun setiap jodoh dan pertemuan itu semua ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang namun hanya yang Maha Esa yang mampu menentukan, begitu juga dengan kehidupan selebriti yang juga manusia biasa dan tidak sempurna seperti individu lain.

Meskipun pasangan pelakon seperti Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil serta Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon jelita Puteri Sarah ini pada zahirnya terlihat begitu bahagia menerusi media sosial namun baru-baru ini kedua-dua pasangan sensasi ini dikejutkan dengan kemelut rumah tangga yang pada akhirnya memilih untuk menfailkan penceraian.

Terdahulu memetik sumber Berita Harian, Diana Danielle, berpendapat tindakan rakan baiknya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana memfailkan permohonan cerai mempunyai sebab tersendiri.

“Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Tetapi, biar begitu kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan…” jelas Diana

“Dalam kehidupan, kita tidak boleh menjangka pengakhiran dalam apa juga keadaan…” – katanya

Kini, tibanya giliran Diana Danielle pula menfailkan tuntutan cerai Syiqaq terhadap suaminya Farid Kamil dengan alasan rumah tangga mereka sering menempuh pergaduhan yang berpanjangan.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Bukan itu sahaja, Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili aktres Diana Danielle mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini, namun tidak mendedahkan alasan dihalang berbuat demikian.

Akberdin berkata, pihaknya diarahkan melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

Meskipun, rata-rata peminat pada awalnya melabel pasangan selebriti Diana Danielle dan Puteri Sarah ini tampak sweet dan bahagia namun ramai juga tidak menyangka kedua-dua aktres jelita ini terpaksa menempuh jalan penceraian dalam kehidupan berumah-tangga.

Memuat naik gambar di laman Instagram, Diana Danielle yang terdahulu tampil dengan kenyataan seolah-olah tidak lagi berada pada era dia menanggung kesedihan kini Sarah juga memuat naik kapsyen yang persis seperti sahabat baiknya itu.

Meskipun permasalahan kedua-dua pasangan selebriti ini belum berakhir, ada juga yang membuat spekulasi bahawa kedua-dua selebriti ini menerima nasib yang sama iaitu tidak bahagia dengan pasangan masing-masing.

” Tak faham la…diorang ni betul betul cantik and boleh nampak usaha mereka untuk jadi isteri yang baik…setia…pertahankan rumah tangga tapi nape la kena juga cerai…maksudnya tak bahagia la diorang ni…yelah jodoh tu rahsia…” keluh netizen

Rata-rata netizen memuji aktres-aktres berkenaan dahulunya tampak tabah dalam mengaharungi cabaran berumah tangga serta menyifatkan mereka tetap setia dengan suami masing-masing serta telah melakukan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Murai MY berharap kedua-dua aktres kesayangan ramai ini menemui jalan penyelesaian yang terbaik serta bahagia dia akhir cerita.

diana daniellefarid kamilputeri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/3wsr2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore