• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ada Yang Sampai Jatuh! 5 Kumpulan K-Pop Ini Masih ‘Perform’ Walau Cuaca Buruk

by Naddy Joe
December 1, 2020
Share on Facebook

Apabila anda melihat kumpulan K-Pop kesukaan anda melakukan persembahan di atas pentas, anda dapat meihat kelincahan mereka sewaktu menari. Tetapi bagaimana jika keadaan cuaca yang buruk? Adakah mereka tetap perform? Berikut adalah 5 kumpulan K-Pop yang masih perform walaupun keadaan cuaca yang buruk. Stay tune guys!

GFRIEND

GFRIEND menghadiri sebuah konsert yang dianjurkan oleh SBS pada September 2015. Malangnya, pentas yang mana kumpulan tersebut bakal gunakan itu basah kerana hujan.

Beberapa ahli kumpulan GFRIEND tergelincir, tersadung, dan jatuh di atas pentas semasa persembahan mereka.Salah seorang ahli kumpulan GFRIEND yang paling menderita adalah Yuyu kerana beliau jatuh sebanyak 8 kali semasa membuat persembahan.

YouTube video

EXID

Bukan sahaja keadaan hujan, malah keadaan angin juga boleh menganggu prestasi persembahan. Sewaktu EXID melakukan persembahan lagu hit mereka “Up & Down”, EXID dilanda keadaan angin kuat. Sepanjang persembahan, cuaca yang berangin itu meniup rambut setiap kumpulan EXID dari pelbagai arah.

Anda dapat melihat setiap anggota berusaha untuk menjaga rambut mereka daripada terkena wajah mereka dan tidak tersangkut pada mikrofon yang dipakai sewaktu persembahan berlangsung.

YouTube video

Red Velvet

Membuat persembahan dalam keadaan cuaca sejuk? Ini yang terjadi kepada Red Velvet yang membuat persembahan pada malam MBC 2016 Gayo Daejun dengan suhu antara 32 °F dan 25 °F. Keadaan cuasa seperti ini kelihatan keterlaluan untuk membiarkan sesiapa sahaja keluar bernyanyi dan menari di atas pentas.

Dan hal ini membuatkan para peminat berasa bimbang dan kecewa melihat Red Velvet perform dalam keadaan cuaca sebegitu. Apa yang lebih memilukan adalah kelima-lima ahli kumpulan Red Velvet hanya memakai skirt pendek. Ianya terlalu sejuk sehingga anda dapat melihat nafas yang keluar dari mulut mereka sewaktu melakukan persembahan.

YouTube video

TWICE

Pada ulang tahun ke-10 Cultwo Show, TWICE membuat persembahan dalam keadaan hujan yang lebat. Hujan yang sangat lebat tidak menghalang TWICE daripada memberikan persembahan yang hebat kepada peminat mereka. Para peminat sangat kagum dan berterima kasih di atas professionalism TWICE.

YouTube video

BTS

BTS juga tidak terlepas daripada mengalami pengalaman melakukan persembahan di dalam cuaca yang buruk. BTS membuat persembahan dalam festival muzik SBS Gayo Daejun 2016, nasib mereka lebih baik daripada Red Velvet, BTS mengenakan sut yang tebal dan berlapis untuk melakukan persembahan dalam suhu 32°F- 25°F.  Cuaca yang terlalu sejuk sehingga anda dapat melihat nafas yang keluar dari mulut mereka. Walaubagaimanapun, ianya tidak menghalang mereka untuk melakukan persembahan yang terbaik untuk peminat mereka.

YouTube video
https://lomp.at/gcyj1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @junmu_ (IG) / @jin (IG)
Korea

“Kembar Terpisah?”- Bintang ‘Dynamite Kiss’ Pasang Impian Bertemu BTS Jin

by Nurul A.
December 29, 2025

Aktor Korea Selatan, Kim Mu Jun vbaru-baru ini menjadi tular selepas penonton drama Korea 'Dynamite Kiss' mendakwa wajahnya mirip ahli...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Korea

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

by Phic ARMAN
January 3, 2026

Kalau anda peminat K-pop mesti tak lepaskan berita ini, Kim Ji-soo dan Kim Taehyung sekali lagi buat dunia hiburan gempar!...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore